Selasa, April 29, 2008

Doa Warid Dari Nabi Untuk Ubat 'Ain (pandangan jahat)

Doa dari nabi berkaitan 'ain .


Maksudnya: "Ya Allah,hilangkan kepanasan, kesejukan dan penyakitnya."

Riwayat al-Nasa'i no.311,1033 dlm Amal al-Yaum Wa al-Lailah,Ibn Majah no.3509.

boleh rujuk buku 101 DOA daripada Hadis-Hadis Sahih oleh Uztaz Zahazan Mohamed




Dalam satu riwayat daripada 'Amir bin Rabi'ah r.a bahawa beliau keluar bersama Sahal bin Hunaif r.a untuk mencari kurma.Dalam perjalanan,mereka melihat anak sungai,lalu Sahal berasa ingin mandi.Dia memilih tempat yang tersembunyi untuk menanggalkan pakaian agar tidak dilihat orang.'Amir merasa takjub melihat susuk tubuh sahabatnya yang menggagumkan sehingga dia ditimpa 'ain (pandangan jahat).Akibatnya,dia tidak menjawab apabila 'Amir memanggilnya.

'Amir merasa cemas lalu mengadukan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w lantas pergi kepada Sahal lalu menepuk dadanya.Rasulullah telah membacakan doa diatas,dan berseru di telinganya:"Bangunlah kamu dengan izin Allah."



Nabi s.a.w telah bersabda kemudiannya, bermaksud:
"Apabila kamu melihat pada dirinya,hartanya dan saudaranya sesuatu yang menggagumkan maka hendaklah kamu mendoakan keberkatan baginya,kerana pandangan mata itu adalah suatu yang benar"



Faham camne yang dikatakan 'ain?Macam contoh dalam riwayat di atas, "Amir bin Rabi'ah r.a yang takjub dengan kecantikan tubuh badan Sahal bin Hunaif r.a sehingga Sahal terkena 'ain dari 'Amir sehinggakan Sahal tidak menyahut ketika 'Amir memanggil nya.

Credits to el-hijrah di AAN atas contoh yang mudah untuk menggambarkan apa 'ain ni sebenarnya.

Hantu...?


Betul ke roh si mati boleh menjadi hantu atau cuma syaitan yang ingin menyesatkan manusia?


D : "Fuad, rumah hang berapa sewa?"
Saya :"RM 600".
(D terkejut, sebab ingatkan saya menyewa di kondominium cyberia)


D :"RM 600?Hang duk kat reban ayam ka?".
(Aku, Z dan K ketawa berseloroh.)


Saya :"Aku menyewa kat dengkil la".
(K yang dari tadi senyap, mula menyampuk)

K :"Duk dengkil?Tadak alami benda pelik ke?".
(Saya ingatkan benda pelik yang dimaksudkan adakah kerana K fikirkan harga sewa
rumah saya yang murah maka mungkin ada la kekurangan kat umah)


Saya :"Benda pelik?Pelik camne?"

K :"Benda pelik la, kena kacau ke"

Saya :"Tadak pun setakat ni, tadak pape pun"

Z :"Ni fuad kut,mana kena kacau" (Z mengusik)

K :"Tadak la, kawan aku dua orang,kena siang hari pula tu."

K :"Diorang laki perempuan,masa tu dalam kereta,diorang tak jumpa simpang ke dengkil"
(D yang senyap sebentar tadi menyampuk balik)

D :”Patut la, sorang laki ngan sorang perempuan”
(Kan betul apa rasulullah cakap, jika laki berdua2an dengan wanita bukan muhrim
nya, maka yang ketiga yang bersama mereka adalah syaitan..berani nak dating lagi
tak?)

(K menyambung cerita)

K :”Yang perempuan tu, masa tu, tengok kat cermin belakang kereta, dan nampak ada
lembaga yang menyerupai lelaki ada kat seat belakang.Lembaga tu menundukkan
mukanya.”

(Saya tersenyum, kemudian teringat akan pesan seorang sahabat minta berhati-hati,bila
tahu saya akan menyewa di dengkil)



Post kali ini bukan bertujuan untuk menakutkan sesiapa. Tugas utama syaitan dan iblis bukannya menakutkan kita dengan hantu.Tugas utama diorang yang mereka bersumpah akan menjayakannya adalah untuk nak sesatkan anak adam, nak tarik kita juga masuk neraka bersama-sama mereka.


Buku yang menarik untuk dimiliki


Cuba fikir, zaman nabi takde pun cerita hantu.hantu galah la, hantu raya la.Apa muslihat disebalik kewujudan hantu yang menghantui masyarakat melayu kita ni?Bila jadinya cerita hantu ini,orang kita akan merujuk kepada pawang atau bomoh yang kemudiannya akan menggunakan jampi / mantera / kaedah yang nampak konon macam islamik (tak dinafikan ada sesetengah ustaz boleh ruqyah), tapi sebenarnya bukan.
Tak ke sesat tu. Tu yang jadi kes, rogol, pencabulan yang melibatkan kaedah rawatan bomoh/ pawang ni.

Ketahuilah, jika kita takut untuk tinggalkan suruhan ALLAH dan takut untuk langgar larangan ALLAH, nescaya Syaitan takut kat kita.Dalam al-Quran ada mention syaitan takut orang yang bertaqwa.Saya lupa ayat mana, tapi siapa yang nak further info pasal tipu daya syaitan ni, boleh la dapatkan buku ni
Tak semestinya nak kena selalu tahajjud tiap2 malam dan solat seberapa banyak solat sunat.Kalau boleh maintain yang wajib juga sudah amat memadai.Sebaik-baik amalan addalah yang sedikit tapi istiqamah.

Sabtu, April 26, 2008

Ada lagi yang masih tak faham

Dating dan coupling

"Eh, apsal kau tak ajar si A tu?", tiba-tiba kawan saya membuka topik bicara. Waktu itu kami berehat di kedai makan di hospital.

"Tak ajar apa?", saya bertanya kebingungan.

"Ye la, kesian kawan kita ni, si A tu 'slow' sangat, sampai tak tahu apa status kawan kita si B dan si A. Paling kurang biarlah si A ajak si B keluar 'dating' ke...", ulas kawan saya tadi dengan panjang lebar dan penuh bersemangat.

Saya melihat kepada si B. Dia senyap sahaja. Entah setuju atau membantah dengan isu yang diutarakan.

Kawan saya tadi begitu beriya-iya mahukan saya mengajar siA, kerna saya terlibat juga dalam merencana jodoh antara si A dan si B. Tetapi dalam masa yang sama saya dah 'warning' si A agar menjaga si B elok-elok (menjaga batas-batas pergaulan).

Si B ini pernah bersekolah di sekolah berstatus SMKA selama 5 tahun. Kawan saya yang banyak bercakap itu pula, pernah bersekolah di SMKA selama 3 tahun. Dan yang lebih menariknya, kami berempat (Si A, B, saya ,dan kawan yang banyak bercakap) pernah mengambil subjek mengenai tatacara hubungan antara lelaki dan wanita dan juga bab-bab pernikahan.

Dalam kata lain kami berempat sudah mengetahui batas-batas pergaulan didalam agama.

Trend coupling di ipta/ ipts

Tetapi kenapa isu diatas timbul?

Adakah kerna 'coupling' benar-benar telah menjadi budaya wajib bagi lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan istimewa?

Jika dilihat di kebanyakan ipta/ ipts, budaya 'coupling' memang dah menjadi satu kebiasaan. Sehinggakan kawan saya pernah mengatakan,

"ala budak-budak zaman sekarang, normal la coupling-coupling ni, lagipun ada yang dah 'over limit' pun dah ramai dan bersepah".

Alhamdulillah di tempat kami di Kuantan, para pelajarnya masih lagi malu-malu kucing untuk mengamalkan budaya 'coupling' secara terbuka. Sehinggakan ada pelajar (yang baru berpindah dari Gombak) tidak memahami budaya islamik disini, dan dia begitu marah apabila ada pengawal keselamatan yang menegurnya (naik kereta bersama teman wanitanya pada waktu malam).

Remaja sekarang pemimpin masa depan

Jika dilihat zaman dulu (pada zaman ibubapa masih muda remaja), ibubapa pada waktu dahulu begitu menitikberatkan hubungan antarala lelaki dan wanita.

Dan ramai mengakui ibubapa dulu, walaupun kurang berpelajaran tinggi, tetapi mereka pandai mendidik anak-anak. Maka mengapa ibu bapa sekarang (maaf dikatakan) kelihatannya kurang serius dan tegas dalam mendidik anak-anak.

Zaman sekarang perubatan sudah semakin maju. Dan kelihatannya Malaysia juga akan mengalami pertambahan populasi orang-orang tua. Aspek positif ialah jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin bertambah, aspek negatif ialah, adakah negara sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan masalah penyakit orang-orang tua.

Jika remaja sekarang gagal dibentuk, maka masa hadapan, juga akan menjadi satu mimpi ngeri, bukan sahaja buat remaja pada zaman sekarang, tetapi juga ibubapa lantaran perkhidmatan kesihatan yang sudah semakin maju. Kita tak mahu masa hadapan, golongan-golongan tua banyak disisihkan di rumah-rumah orang tua. Lagi menyedihkan jika ramai orang tua yang merempat di jalanan.

Perubahan itu bermula dari individu dan keluarga

Jika dilihat trend coupling yang melanda seluruh ipt di Malaysia, mungkin kita akan berkata,

"Susahlah nak ubah, benda ni dah jadi satu budaya"

Betul. Jika kita nak ubah semuanya dalam 1 hari, ia adalah sukar dan mustahil. Untuk membuat rumah dalam satu hari adalah mustahil. Tetapi kita perlu memulakannya dengan meletakkan satu bata.

Sama juga halnya dengan perubahan budaya. Untuk merubah budaya yang negatif kepada budaya positif, maka kita perlu bermula dari individu dan keluarga.

Individu: Kita mulakan dengan kita sendiri menunjukkan cara bergaul yang selamat dalam Islam. Bukanlah pergaulan Islam itu kita tidak boleh menelefon, ber "sms", dan berbual "face to face". Semuanya boleh, tapi sekadarnya dan dengan batasan.

Selagi mana fatwa hati kita merasakan kita masih lagi belum mencemari hubungan itu dengan sesuatu yang berlawanan dengan syariat, maka ia masih dibolehkan.


TETAPI perlu diingat, didalam hubungan lelaki dan wanita, kita dilarang terlampau yakin dengan diri. Islam melarang kita MENGHAMPIRI ZINA, bukannya JANGAN BERZINA. Maka, jangan terlampau yakin yang kita boleh berdua-duan dengan kekasih hati dan dalam masa yang sama boleh menjaga iman. Jangan lupa pada "orang" ketiga. Dia yang paling gembira apabila anak adam hanya berdua-duan dengan hawa.

Keluarga: Keluarga perlu bermula dengan memberikan alternatif yang terbaik dan bukan hanya melarang semata-mata. Jika didapati anak sudah bercinta, dan diyakini anak masih belum bersedia untuk bernikah, maka didiklah anak itu tentang batas-batas "bercinta" sebelum nikah. Katakan padanya, " Jangan bermain cinta", dan bukannya berkata, "Jangan bercinta!".

Jika merasakan anak sudah boleh bernikah, maka tawarkanlah padanya pilihan untuk bernikah. Agar kekuatan cinta yang dirasainya tidak sia-sia diluar alam pernikahan. Semua mengakui kuasa cinta itu hebat.

Ada lagi yang masih tak faham

Kepada yang masih kelihatannya tidak memahami batas-batas pergaulan, maka peranan kita adalah untuk menyampaikan.

Sampaikan dengan hikmah:
1. Hatinya lunak mendengar (tidak merasa marah)
2. Cara penyampaian yang berperingkat-peringkat dan istiqamah
3. Kita mendoakan kebaikan untuk diri dan juga dia

Kadang-kadang mungkin kawan itu terlupa, atau kurang memahami. Maka kita janganlah mudah menghukum dan menaruh prasangka yang buruk-buruk.

Menyampaikan itu mudah. Tetapi kadang-kadang kita lupa tugas kita sebagai penyampai. Dan kita lebih senang menjalankan tugas sebagi penghukum.

Selasa, April 22, 2008

Tabiat Tak - Pa , Belia Binasa !



Gambar ni baru tukar arini (24 April).Credits to strife striker




"Sabar lah dulu, bolehnya tahan tu. InsyaALLAH", "Sabar lah, tunggu abis belajar nanti kahwin la" dan bermacam lagi skrip yang memberi makna yang sama - meminta anak-anak muda yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi agar menahan dulu keinginan untuk berkahwin.

Mungkin sikap ini memang dah jadi sinonim dengan masyarakat kita.Tengok je la seperti contoh syarikat bas ekspress yang masih lagi menggaji pemandu yang mempunyai banyak saman, selagi pemandu itu tak melibatkan kecelakaan,jalan. Bila dah jadi kecelakaan yang meragut nyawa, haa..ternganga!

Samalah halnya dengan asyik menyuruh anak muda tahan jangan berkahwin, walhal anak muda tu dah asyik dilayan mabuk cinta.Dengan teknologi yang semakin canggih sekarang, duduk jauh beribu batu pun leh lagi rasa seperti berdua-duan.Padahal yang Islam suruh adalah menjauhi xina, bukan sekadar jangan zina! Diulangi, JANGAN MENDEKATI ZINA, kerana ianya pasti akan bawa ke jalan yang keji.

"Tak-pa,diorang belum terlanjur atau kantoi pun lagi, diorang kuat la tu,abis belajar baru kahwin".Tup-tup, kantoi, kena tangkap basah, siapa yang dipersalahkan masa tu?"Ni apa nak jadi dengan anak muda sekarang, nama je orang islam, tapi buat kerja tak senonoh!"Yang ramai-ramai nak pergi intip orang buat adegan tu senonoh la?Dalam islam punya lah letak syarat nak tuduh orang berzina, kena ada 4 orang saksi (yang dipercayai) yang betul-betul nampak kejadian tu dalam erti kata lain, agak mustahil la nak mencapai 4 orang saksi yang dipercayai itu.Sebab dosa zina melibatkan maruah, islam menyuruh menjaga aib sesama kita.

Bahkan , kalau betul-betul orang yang ingin mengetahui hadis berkenaan kes zina ni, pasti akan menjumpai betapa rasulullah sangat nak menjaga aib si pesalah.Malah, ada hadis nabi berkenaan jangan mengintip.

Haa..teringat akan info yang penceramah slot kesihatan dalam kursus pra perkahwinan yang penulis hadiri sebelum ini.Ada satu laman web, siap buat anugerah untuk video yang paling best-video lucah telefon bimbit.Dan diberitahu video yang menang adalah video yang melibatkan adegan seorang perempuan bertudung labuh!


Nikah - Solusi cinta remaja/belia


Jika perempuan di dalam video itu sengaja mengenakan tudung labuh untuk merendahkan golongan yang bertudung labuh, maka celakalah orang yang mempunyai niat sedemikian!. Tapi jika perempuan berkenaan sebenarnya memang seorang yang bertudung labuh, maka ini juga bukti insan yang bertudung labuh juga adalah seperti insan biasa.Boleh terjadi ke atasnya apa yang terjadi ke atas insan lain.

Jika cinta kepada ALLAH disuburkan akan dapat melahirkan pejuang yang berani syahid demi cinta kepadaNya, maka tak mustahil jika cinta agung perempuan ini sudah berubah kepada temannya. Maka apa-pun sanggup dilakukan demi cintanya.

Teringat artikel bertajuk : Remaja Yang Terperangkap, tak lama dulu.Memang benar, orang muda, hanya disuruh tahan nafsu tu, sambil tu pada masa yang sama dijolok dengan tayangan di tv-tv cerita yang mengajar ke arah berpelukan, bercium (walaupun dipotong sekejap untuk adegan cium).Ini semua adalah perlakuan yang menjurus kepada zina.Pendorong nya kuat, tapi solusinya cuma menahan dengan sedaya - upaya, setakat mana boleh bertahan.Adakah semua anak muda imannya kuat?

Islam mengharamkan riba, tetapi menghalalkan jual beli, islam menyuruh mengharamkan perlakuan yang menjuruskan zina dan perbuatan zina itu sendiri,tapi Islam sediakan solusinya iaitu seks didalam pernikahan.

Islam itu mudah, tapi orang islam yang membuatkannya nampak payah.Entah berapa ramai yang tak jadi masuk islam selepas melihat perilaku orang Islam.

p/s: Permudahkan, jangan susahkan :)

Isnin, April 21, 2008

Jadilah Seperti Itik Yang Berenang


Perumpamaan ini khas ditujukan kepada semua da'ie - da'ie dan amnya kepada bagi mereka yang yang selalu kalut dan resah dalam mengendalikan hidup.Perumpamaan menarik ini adalah daripada saudara Nizal Mohammad, pengacara tv3 ( menurut buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah).

Jadi, ada apa dengan itik yang sedang berenang ni?haa.. cuba perhatikan (atau kalau susah nak jumpa itik berenang, cuba imbaskan je ingatan ke memori situasi itik yang sedang berenang), nampak macam itik tu meluncur je kan atas permukaan air, betul tak?

Itu apa yang nampak di permukaan air - meluncur dengan sempurna di dalam kolam atau tasik, siapa tahu di bawah permukaan air betapa kaki itik itu berhempas pulas bagi memastikan tubuhnya bergerak lancar dan meluncur ke hadapan.



Begitu juga sepatutnya da'ie, islam sangat menyenangkan bila semua masyarakat sekeliling juga faham islam. Tapi untuk mencapai kepada masyarakat islam itu maka perlulah ada yang berjuang untuk proses dakwah dan islah kepada masyarakat.

Da'ie juga manusia biasa, berlaku kepada da'ie apa yang berlaku kat manusia lain. Da'ie juga ada masalah sendiri selain rintangan dalam perjuangan dakwah dan islah. Maka seharusnya layan semua masalah tu seperti mana situasi itik yang berenang, zahirkan muka yang tenang.

Ini juga yang sedang penulis cuba praktikkan, penulis berkongsi petua ini maka dengan harapan ianya bermanfaat dan dikira sebagai amal baik maka penulis bertawasul dengan amal ini agar dimudahkan penulis untuk betul-betul mempraktikkannya.

Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH menjagamu.Buktikan apa yang kita yakini dengan mengaharungi segala ujian keyakinan itu dengan jaya nya.

p/s: Urusan agama yang paling ditakuti ialah ISTIQAMAH.Ia turut diakui oleh kebanyakan ulama.Sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi berkekalan.Doakan penulis istiqamah. Tq :)

Sabtu, April 19, 2008

Ibubapa bijak galakkan anak-anak bernikah awal!

Teringat akan slogan, “ Remaja bijak jauihi zina!”. Ya, memang remaja adalah bijak jika mereka menjauhi zina. Apakah jalan kepada menjauhi zina? Salah satu jalan yang paling dianjurkan oleh Islam ialah bernikah.

Maka kempen “Remaja bijak jauhi zina!”, takkan berjaya jika ia tidak diikuti oleh kempen “Ibu bapa bijak galakkan anak-anak bernikah awal!”.

Alasan-alasan seperti tumpu kepada pelajaran, anak-anak masih mentah, kewangan masih belum mantap, dan dugaan pernikahan adalah lebih besar perlu ditolak ke tepi.

Kenapa? Kerana jika anak-anak bercinta, mereka akan lebih terganggu. Terganggu dari segi emosi dan perasaan, dan rasa bersalah kerna bibit-bibit hubungan yang mencapai darjat zina kecil. Maka adakah mereka dapat tumpu kepada pelajaran? Bukankah pernikahan itu dapat mendamaikan hati?

Anak-anak masih mentah dalam soal pernikahan? Didalam hal ni siapa yang dah melalui pernikahan? Ibubapa kan? Kenapa ibubapa tidak mahu mempersiapkan anak-anak dengan ilmu pernikahan, agar anak-anak lebih bersedia menghadapinya.

Mengenai kewangan pula, bukankah rezeki semua ditentukan oleh Allah? Bukankah pernikahan akan membuka pintu kepada rezeki? Malah pasangan-pasangan muda mengakui mereka lebih berjimat setelah bernikah berbanding sebelum bernikah. Belanja pun kena berhati-hati, duit “top-up” telefon pun makin berkurang dan sebagainya.

Ada ustaz berkata, “remaja jangan asyik sibuk nak bernikah awal untuk mngelak zina (dengan menjadikan zina sebagai alasan untuk nikah), kerana cabaran hidup selepas kahwin adalah lagi mencabar”. Ia, kami akui. Sama juga halnya SPM. SPM adalah tiket untuk menyambung pelajaran ke menara gading. SPM itu senang sahaja. Belajar di menara gading lagi susah, maka kita tak payah sibuk-sibuk nak cemerlang SPM lantaran pengajian di menara gading adalah lagi susah dan mencabar.

Adakah kita perlu biarkan sahaja remaja dibelenggu dengan dosa-dosa zina kecil. Bila mereka dah tamat belajar, dah ada ijazah, dah bekerja, dah ada duit RM 10 ribu, maka baru kita benarkan mereka berkahwin?

Selain daripada ibubapa, golongan ustaz-ustaz di jabatan agama perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Jangan asyik aktif nak tangkap basah orang dan ambil video pesalah je. Aktif dari segi membantu remaja mendalami ilmu-ilmu pernikahan. Janganlah caj bayaran untuk semua program agama. Berkorban lah sedikit untuk umat.

Maka kempen “Remaja bijak jauhi zina!” perlu dijalankan bersama-sama kempen “Ibubapa bijak galakkan anak-anak bernikah awal!”.

Setuju?

Jumaat, April 18, 2008

Dua Buku Menarik Tentang Syiah


Harga : RM23
Jumlah Muka Surat: 207 m/s.

Sikit info berkaitan kandungan buku :
Al-Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata, “Aku membolehkan persaksian para pengikut hawa nafsu semuanya kecuali Rafidhah, kerana sesungguhnya sebahagian mereka bersaksi dusta atas sebahagian yang lainnya.” (Adab asy-Syafi’i wa Manaqibunhu: 189. Sunan al-Kubra, Baihaqi: 10/29. Manhaj Imam asy-syafi’i, 2/486)

Beliau juga berkata, memperingatkan kaum muslimin dari Rafidhah, “Aku belum pernah melihat orang yang berani bersaksi dusta kecuali kaum Rafidhah” (Adab asy-Syafi’i: 187)

Al-Imam asy-Syafi’i adalah satu dari sekian banyak ulama umat yang berbicara berkenaan Syi’ah Rafidhah. “Gerakan Cinta Ahlul Bait” yang di-canangkan oleh kelompok ini, hanyalah dakyah penipuan di sejuta macam penyimpangan mereka, sehingga tidak pernah meredakan peringatan keras para ulama atas mereka.

Risalah yang ditulis oleh asy-Sheikh Muhammad bin Abdil Wahhab ini, akan membongkar hakikat Rafidhah dan membantah kebatilan mereka, dengan dalil-dalil yang kukuh lagi ilmiyah, bersumberkan al-Qur’an & Sunnah. Sehingga InsyaALLAH, anda akan menemukan jawaban mengapa ulama kita telah mengeluarkan Syi’ah Rafidhah dari Diinul Islam...






Harga: RM16
Jumlah Muka Surat: 225 m/s.


Sikit info berkaitan kandungan buku :
Syi’ah adalah anak emas Yahudi. Orang-orang Syi’ah menggunakan kata/slogan “Persatuan & Penyatuan” untuk menjelaskan jatidirinya, membongkar identitinya, dan membuang topeng dari wajahnya. Sudah sekian lama orang-orang syi’ah menaburkan/menyebarkan virus/racun/dakyah melalui buku-buku yang berhiaskan kebatilan dan kepalsuan. Tentang Allah Ta’ala, mereka berkata bahawa Dia mengalami kondisi al-bada’ (lupa atau tidak tahu). Berkenaan al-Qur’an, mereka berkata bahawa al-Qur’an telah diubah. Manakala tentang Rasulullah s.a.w., mereka berkata bahawa Ali bin Abu Talib r.a. dan anak keturunannya itu lebih baik dari beliau s.a.w. Tentang para sabahat Rasulullah s.a.w. yang mana merupakan pembela agama ini, mereka berkata bahawa para sahabat-sahabat itu adalah orang-orang yang pengkhianat dan murtad. Padahal, di antara para pembela Islam tersebut terdapat tokoh-tokoh besar, seperti Abu Bakar, Umar al-Khabthab, Utsman bin Affan, dan Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang merupakan Ummahatul Mukminin.

Dengan secara tulus, halus, dan berpaksikan kepada kebenaran buku ini bersikap transparen lagi ilmiyah membongkar bahawa Syi’ah adalah boneka Yahudi, yang berdendam dan dengki kepada kaum Muslimin. Sebagaimana tercermin dalam aqidah Syi’ah tentang Allah Ta’ala, Rasulullah s.a.w., para sahabat beliau, dan isteri-isteri beliau yang merupakan Ummahatul Mukminin. Demikian halnya kebohongan dengan nama taqiyah (kepura-puraan), sebagai slogan seluruh orang-orang Syi’ah. Mereka mengakuinya sebagai perbuatan yang paling baik dan ibadah kepada Allah yang paling agung. Disertai pula perbahasan berkenaan aqidah para imam mereka, prinsip-prinsip kelompok tersebut dan latar belakang konflik antara mereka dengan Ahlus Sunnah.

Semuanya dijelaskan oleh penulis dengan jelas sekali, berpandukan rujukan-rujukan yang authenthic dan tidak menyebutkan sedikit pun berkenaan Syi’ah melainkan berpandukan dari sumber-sumber Syi’ah sendiri.


Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 019-3081940 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.


p/s: kepada saudara asil dan sesiapa yg berminat untuk tahu pasal syiah ni,boleh la kiranya memiliki buku ini.

Selasa, April 15, 2008

Penjelasan Terhadap Syiah - Oleh JAKIM

Ditekankan sekali lagi, penjelasan ini oleh JAKIM (ustaz zaharuddin postkan di web nya)

1. TUJUAN

1. 1. Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

1.2. Kajian penjelasan secara sederhana ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah memahaminya.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia1. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:
i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
ii. Syiah Zaidiyah

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.
iii. Syiah Ismailiyah

Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika1.

Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:
i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).


(1 Fakta ini dipetik dari buku "The Concise Encylopedia of Islam" oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)
ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.

Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.
iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:

i) Kasyf al-Asrar
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

ii) AI-Hukumah al-Islamiah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

iii) Al-Sabah Min al-Salaf
Oleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi

iv) AI- Usul Min al-Kaft
Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H)

v) Tahrir al- Wasilah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

vi) Al-Murajaat
Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi

vii) Peshawar Nights
Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin

viii) Mafatih al-jittan
Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi

ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)
Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)

x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?
Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)

xi) Al-Sahabah
Oleh: Haidar

xii) Ahlu al-Bait
Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed

Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.

Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:

i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran.

ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah

iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah

iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik.

v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.

Baca lagi untuk tahu penyelewengan fahaman Syiah...klik

Isnin, April 14, 2008

Secara Umumnya, Syiah ni.....



I. Syiah hanya memiliki 5 rukun Iman, tanpa menyebut keimanan kepada para malaikat, Rasul, Qadha dan Qadar. Iaitu, 1. Tauhid (keesaan Allah) 2. al-'Adl (Keadilan Allah). 3. Nubuwwah (Kenabian) 4. Imamah (Kepemimpinan Imam) 5. Ma'ad atau Hari kebangkitan dan pembalasan. (Muhammad Ridha Mudzaffar, al-'Aqaidul Imamiyyah).

II. Syiah tak dak dua kalimah syahadah dalam rukun Islam, yaitu: 1. Solat 2. Zakat 3. Puasa 4. Haji 5. Wilayah atau Perwalian. (al-Kafi, Juz II, hal 18).

III. Syiah meyakini bahwa al-Qur'an sekarangg ini telah diubah, ditambah atau dikurangi dari yang seharusnya.

IV. Syiah meyakini bahwa para sahabat sepeninggalan Nabi murtad kecuali beberapa orang saja seperti al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dzar al-Ghifary dan Salman al-Farisi. (ar Raudhah minal Kafi, Juz VIII, hal 245; dan al Ushul minal Kafi, Juz II, hal 244).

V. Syiah menggunakan senjata taqiyyah yaitu berbohong, dengan cara menampakkan sesuatu yang berbeza dengan sebenarnya, untuk mengelabui mata orang. (al-Ushul minal Kafi, Juz II, hal 2l7).

VI. Syiah percaya pada ar-Raj'ah yaitu kembalinya ruh-ruh ke jasadnya masing-masing di dunia sebelum Kiamat di kala Imam Ghaib mereka keluar dari persembunyiannya dan menghidupkan Ali dan anak-anaknya untuk balas dendam pada lawan-lawannya.

VII. Syiah percaya kepada al-Bada'yakni tampak bagi Allah dalam hal keimaman Ismail (yang telah dinobatkan ke-Imamannya oleh ayahnya Ja'far ash-Shadiq, tetapi kemudian meninggal di saat ayahnya masih hidup) yang tadinya tak tampak. Jadi bagi mereka, Allah boleh khilaf, tetapi imam mereka tetap ma'sum.

VIII. Syiah membolehkan Nikah Mut'ah (Nikah Kontrak) dengan jangka waktu tertentu. (Tafsir Minhajus Shadiqin, Juz II, hal: 493). Padahal, nikah mut'ah telah diharamkan Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib sendiri.



p/s: post kali ini sebab ramai kawan yang tanyakan penulis apa syiah ni, so ini intro skit..jika nak tau lebih lanjut leh la lawat Hakekat.com dan Tumpah Weblog atau pun dekat google image tu, search je syiah

Ahad, April 13, 2008

Sepetang di Pesta Buku


Penulis bergambar dengan A. Samad Said


Lama juga berjalan petang sabtu (kelmarin), balik-balik cyberjaya lenguh-lenguh kaki. Antara buku yang penulis beli:

1)Aku Terima Nikahnya :
Buku pertama tulisan Abu Saif (ustaz hasrizal saifulislam.com). Buku ini bagus untuk yang ingin berkahwin dan baru berkahwin. Buku ini adalah rakaman pengalaman ustaz hasrizal dalam membina damai pada sebuah kehidupan berumah tangga. Mengajak kita memikirkan apa yang kita patut berikan di dalam hubungan suami -isteri ini berbanding hanya sikap meminta/menuntut hak.


2) Rindu Ibu :
Buku oleh A. Samad Said ini dibeli asalnya hanya kerana teruja dapat jumpa 'face-to-face' dengan beliau. Dek kerana ingin menyimpan kengan ini, maka untuk merakamkan kengan ini, beli lah sebuah buku beliau ini, dapatlah autografnya dan bergambar dengannya. Tapi karya seorang tokoh pastinya ada yang boleh dimanfaatkan. Bahkan, hatta tokoh yang terkenal dengan kejahatan atau kezaliman pun punya kehebatan yang boleh diteladani, cuma cara tokoh jahat tu menggunakan kelebihannya pula disempadani



3)Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah:
Buku yang direkomendasikan oleh seorang ustaz selepas penulis bertanyakan satu soalan kepadanya. Soalan penulis: "Diri ini hanya berasa cukup sekadar 'cukup makan' je gred untuk pengajian di universiti. Jadi bagaimana nak jadikan diri ini mahukan sesuatu yang lebih dari sekadar 'ok' .


p/s: Di dalam gambar, di sebelah kiri gambar, orang berbaju hijau yang masuk separuh tu, buat pengetahuan semua, adalah Faisal Tehrani- antara tokoh muda Syiah di Malaysia.

Tanak Syiah! Jangan biarkan Syiah berkembang di Malaysia khasnya, dan di dunia amnya! fahaman yang mengkafirkan sahabat-sahabat rasulullah adalah bukan dari Islam!

penulis nak berlatih posing di depan kamera, hehe :)

Sabtu, April 12, 2008

Program Realiti TV di Indonesia : Dai Kecil (Da'ie Kecil)



p/s: cuba layan, pasti terkesan di hati. Betul, tak tipu. Credits to akhi Yussamir yg bagi link ni kat penulis :D

Jumaat, April 11, 2008

"Matlab"ing in progress...

Satu nak antar isnin ni, dan satu lagi rabu ni..hehe..ni ar padahnya wat last minit, kan dah kelam kabut :P



Gambar sekadar hiasan

Khamis, April 10, 2008

Kuliah Sahibul Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin

sumber: dari Abu_syuaib di al-ahkam.net

Kuliah Sahibul Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Tarikh : 12 / 04 / 2008

Hari : Sabtu

Masa: 10 Pagi

Tempat : Surau Al- Muhajirin, Taman Sri Ukay, Ampang

Jemput Hadir Beramai - Ramai....


Selasa, April 08, 2008

TG Nik Abd Aziz: Saya rimas tengok...

sumber : Tulisan pro_pas di al-ahkam.net

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) komen tentang perarakan Maulid: "Orang seronok dengan berarak, pakai kain songket, angkat sepanduk. Saya rimas tengok. Saya tak pernah ikut sama berarak atas jalan.."







 


TGNA dalam kuliah mingguannya di Medan Ilmu Kota Bharu mengulangi apa yang dikatakannya tentang Maulid di dalam khutbah Jumaatnya pada 21 March 2008 di Masjid Yayasan Albukhari Alor Malai Alor Setar.

Menurut apa yang dilaporkan oleh Mingguan Wasilah 12 April 2008, TGNA mahu mengubah paradigma rakyat supaya mereka mengutamakan Nuzul Quran iaitu saat turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan.

Menurut laporan berkenaan, TGNA mahukan rakyat lebih memeriahkan Nuzul Quran berbanding Maulid Nabi s.a.w. Hal ini dipraktikkan oleh kerajaan negeri selama PAS mentadbir Kelantan selama 18 tahun, mereka tidak menganjurkan perarakan sempena Maulid Nabi s.a.w. Sebagai gantinya, kerajaan negeri lebih menekankan terhadap kempen supaya rakyat memperbanyak membaca al-Quran dan qiyamul lail pada bulan Ramadhan.

Bagaimanapun pendapat TGNA tentang maulid disanggah dengan keras oleh seorang tokoh dari Indonesia yang terkenal dengan pendirian tegasnya mempertahankan bentuk-bentuk amalan warisan turun menurun.

TGNA sebagaimana yang diketahui umum amat tegas di dalam menjaga kemurnian ajaran Islam dari dicemari oleh unsur-unsur yang tidak dikehendaki, samada ada amalan itu baru diamalkan atau amalan warisan turun menurun.

Tinjauan didapati, ramai yang menyokong pendapat TGNA tentang Maulid Nabi s.a.w. Sebahagiannya pula berpendapat bahawa pandangan TGNA menyebabkan mereka berfikir semula tentang sambutan Maulid Nabi s.a.w. Kerana bagi mereka apa yang TGNA ketengahkan ada kebenarannya.



--------------------------------------------------------------------------------


Petikan Mingguan Wasilah:

 





p/s:Takbiiirr!!

Isnin, April 07, 2008

Peduli Palestin



p/s: mereka saudara kita, tapi takde ape kita pernah buat untuk tolong. Tak pedulikah kita?

:(

Sabtu, April 05, 2008

Ya, sapa dia yang boleh halang antara hang dengan taubat ? Taubat lah :)

Riyadhus Solihin -- Bab: Taubat. Keampunan Allah untuk seorang yang pernah membunuh 100 nyawa


Jom amalkan ! Memang efektif!

Al kisah suatu hari pergi lah melepak di bilik kawan dekat hostel MMU, penulis pun kongsikan satu info perihal kehebatan ulama' islam zaman dulu yang penulis yang terdapat dalam buku " Kunci Kejayaan Minda" tulisan Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni.

Info yang penulis kongsikan adalah berkenaan kata-kata Al-Sya'bi:

"Yang paling sedikit aku hafal ialah syair, jika kamu mahu, maka aku akan bacakan kepada kamu syair-syair itu selama sebulan penuh"


p/s: hebat kan ulama islam zaman silam :)


Maka kagum lah kengkawan penulis dlm bilik hostel berkenaan. Berkatalah seorang kawan penulis : " Orang dulu-dulu boleh la hebat macam tu, kita ni sekarang ada internet senang je dapat benda2 blue (lucah)"

Memang diakui sekarang kuat sangat godaan kearah maksiat berunsurkan nafsu syahwat ini, maka penulis ingin la berkongsikan amalan penulis yang penulis dapat rasa ianya efektif.

Dua doa yang warid dari nabi ini penulis amalkan.





Doa yang nabi ajar (pernah ada dalam post yg lalu) untuk selamat dari bisikan syaitan yang menghasut kepada segala perkara negatif


Dan ini :





Ini pulak doa selamat dari fitnah zina, yang jugak warid dari nabi (rujuk post sebelum ini untuk info lanjut berkenaan doa ini)


p/s: Antara waktu doa mengikut sunnah adalah sebelum memberi salam didalam setiap solat

Selamat beramal :)

Jumaat, April 04, 2008

Dalam 2 Tahun ...

Sayidina Abu Bakar r.a dapat menumpaskan golongan murtad



Umar bin Abdul Aziz mampu menegakkan keadilan, membasmi kezaliman dan membina pembangunan dalam agama




Ibnu Abi Ja'ad mendalami ilmu, dia menjadi mufti di madinah



p/s: Apa kita leh buat dalam masa 2 tahun?
(Soalan dituju untuk penulis juga )

Jom Islah :)

Khamis, April 03, 2008

Taqwa 3

Salah satu ujian untuk mencapai taqwa kepada ALLAH adalah gangguan bisikan hasutan syaitan. Syaitan memang da bersumpah akan ganggu anak adam ini. Sifat malas, tak bersemangat dan pape lagi yang negatif pasti adalah dari syaitan yang tanak kita berjaya, tambah lagi kepada orang islam.


Ni ada doa yang nabi ajar untuk tolak gangguan syaitan :



Maksudnya : "Aku berlindung kepada ALLAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, daripada gangguan syaitan yang terkutuk, dari tipuannya, dan dari bisikannya dan dari godaannya"

Doa ini ada dalam hadith nabi riwayat Abu Daud no.775, al-Tirmizi no.242,leh juga rujuk al-Kalimut Tayib no 130 dan Irwa' no 341 dan 342


p/s: maksud disertakan agar semasa membaca doa ini maka meminta nya dengan mengetahui apa yang diminta.

Taqwa? Apa itu?
Senang citer : takut untuk tinggalkan suruhan Allah dan takut nak langgar larangan Allah.

Cubalah amalkan, InsyaALLAH ada kesan :)
Selangkah lagi menuju taqwa InsyaALLAH :)

Rabu, April 02, 2008

Taqwa 2

rujukan : Buku - Jagalah ALLAH... ALLAH menjagamu (Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)


Ibnu Mardawaih r.h meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w , bahawa Bilal Bin Rabah r.h bertemu Rasulullah s.a.w sebelum sembahyang subuh, beliau mendapati Rasulullah s.a.w sedang menangis, lalu dia bertanya : "Wahai Rasulullah, bapa dan ibuku menjadi tebusan mu, apa sebab yang membuat engkau menangis?" Maka Rasulullah s.a.w menjawab: "Ada beberapa ayat yang diturunkan kepadaku, celakalah orang yang membacanya, tetapi tidak merenungkannya!Ada beberapa ayat yang diturunkan kepadaku, celakalah orang yang membacanya, tetapi tidak merenungkannya!" Kemudian beliau membacakan firman Allah Subhanau wa Ta'ala:



Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.(Ali-'Imran: 190-191)

Selasa, April 01, 2008

Sayyidul Istighfar

Rujukan : Buku 101 DOA daripada HADIS-HADIS SAHIH (Ustaz Zahazan Mohamed)

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong ahli syurga.




Maksudnya : Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku. Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau

Riwayat al-Bukhari no.6306

Menurut al-San'ani di dalam Subul al-Salam, doa ini dinamakan "sayyid" yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh , serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada khaliqnya

Lihat kitab Subul al-Salam syarah Bulughul Maram, Bab Zikir dan Doa

p/s: klik pada imej untuk paparan yang nyata lebih jelas! :)