Khamis, Mac 13, 2008

Tsunami sunnah: Perhatian kepada jabatan-jabatan agama

Sengaja tajuk diatas direka sedemikian. Kerna mengambil populariti kemenangan parti-parti BA dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Daripada keputusan PRU 12, kita dapat lihat kuasa rakyat. Sebelum ini kita sangsi, adakh akan dapat meruntuhkan 2/3 majoriti BN dalam parlimen? dan juga menguasai lebih dari 1 negeri? Hanya pejuang-pejuang reformasi yang yakin, kerna mereka telah berusaha dan mereka lihat kebangkitan "reformasi" dalam ceramah-ceramah mereka.


Bagaimana dengan dakwah sunnah/ salafi/ mutaqaddimin? Sekarang ini kebanyakan dan majoriti jabatan-jabatan agama tidak menyenangi pergerakan dan perkembangan dakwah ini. Namun pendokong-pendokong sunnah tahu bahwa dakwah yang dibawa ini adalah satu perjuangan. Kerna mereka tahu bahwa itu adalah hak muslim (menerima hanya yang sahih: Al Quran dan Sunnah yang sahih). Orang Islam mempunyai hak keatas para pendakwah agar para pendakwah menyampaikan hanya yang sahih dari ajaran agama. Sebagaimana pejuang reformasi memperjuangkan hak rakyat Malaysia, pejuang sunnah memperjuangkan hak orang Islam (membersihkan amalan dari bid'ah).

Dulu (tak ingat samaada semasa Dr. MAZA dah jadi mufti atau belum), tapi didalam temubual dengan pemberita Singapura mengenai perkembangan dakwah sunnah, Dr. MAZA menyatakan dakwah ini akan berkembang keseluruhannya dalam masa 5 tahun. Bukanlah saya nak mengambil kata-katanya sebagai satudalil, tapi hanya sebagai tanda aras atau pengukur kepada perkembangan dakwah sunnah di Malaysia. lagipun beliau yang terlibat langsung dalam dakwah ini, sebagaimana DS Anuar dalam dakwah reformasi, Dr. MAZA mungkin dapat melihat perkembangan dakwah sunnah itu sendiri.

Maka jabatan-jabatan agama perlu berwaspada. Anda semua sudah tak mampu mengawal ilmu daripada sampai kepada orang-orang Islam dikawasan anda. Media-media mainstream banya membantu BN, tapi cuba liha media alternatif yang telus, Malaysiakini.com, walaupun hanya bersendirian, tapi ia menjadi rujukan ramai rakyat.Maka tsunami politik pun berlaku. Sama juga halnya dengan dakwah sunnah. jabatan-jabatan agama tidak selamanya mampu meracuni pemikiran rakyat (orang Islam khususnya) mengenai keburukan dakwah sunnah. Jika berterusan begini, rakyat akan mula berasa bosan dan diperbodohkan. Mereka akhirnya akan mencari sendiri sumber-sumber alternatif lain yang menyampaikan kebenaran dakwah sunnah.

Jika dibandingkan pendakwah-pendakwah jabatan agama dan pendakwah-pendakwah sunnah, maka kelabihan berpihak kepada pendakwah sunnah. Pendakwah sunnah lebih ikhlas dan sanggup merantau jauh untuk menyampaikan ilmu. Manakala pendakwah jabatan agama mengenakan bayaran yang mahal (mungkin minima 1jam= RM100), dan kebiasaanya meminta "claim" duit minyak. Keihklasan dan kesungguhan pendakwah sunnah ini memikat hati ramai orang untuk memanggil mereka. Berbanding pendakwah jabatan agama yang mengenakan caj yang mahal.

Mugkin kata-kata semangat kepada para pendakwah/ pendokong sunnah yang boleh digunakan:

1- Ceramah tetap ceramah (lawan tetap lawan!)

2- Ubah amalan bid'ah kepada amalan sunnah sebelum parah (ubah sebelum parah!)

3- Kalau takut bicara pasal bid'ah jangan sebut pasal perjuangan sunnah (kalau takut dengan risiko jangan bicara soal perjuangan!)

p/s: posted by abong kat al-ahkam

Tiada ulasan: