Selasa, Mac 25, 2008

Kenapa Malu Jika Sudah Rasa Nak Berkahwin ?

Kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat :

"Anak-anak muda kalau tidak dikahwinkan apabila tiba masanya akan menjadi liar. Umpama orang yang lapar nasi menggelepar malah sanggup mencuri, begitu juga dengan tuntutan seks."

''Jika perkara tersebut tidak dipenuhi, anak-anak muda akan menjadi tidak tentu arah, lebih- lebih lagi kalau sudah bercinta dan mempunyai pasangan,"


sumber : utusan

Kata-kata Tuan Guru ini boleh dikuatkan dengan Teori Abraham Maslow.

As-soal : Siapa Prof Abraham Maslow ni?
Al-jawab: Beliau merupakan pakar psikologi klinikal

As-soal : Apa teori beliau?
Al-jawab: Manusia punya 5 jenis fitrah keperluan dan kelima- lima fitrah ini
dihubungkan dengan hubungan prepotensi.

As-soal : Macam mana yang dikatakan prepotensi?
Al-jawab: Keperluan yang kuat perlu dipenuhi terlebih dahulu baru lah
keperluan-keperluan yang lemah datang minta dipenuhi.

As-soal : Kelima-lima adalah fitrah keperluan, bukan sama penting ke?
Al-jawab: Kelima-lima tak sama pentingnya. 5 fitrah keperluan itu ialah:

Keperluan jasmanisah / fisiologi
Keperluan berasa aman dan selamat
Keperluan sosial atau keinginan berhubungan sesama manusia
Keperluan estim atau ingin berasa dihargai
Keperluan bagi menjadi orang sebagaimana yang diimpikan


Yang paling penting adalah keperluan jasmaniah atau fisiologi.Haa, apa dia contoh keperluan fisiologi ni?Nak tau apa keperluan fisiologi manusia?Ini saya senaraikan:

Makanan
Air
Udara
Tidur


Semua yang di atas ni macam dah leh jangka kan?Haa,ada lagi keperluan fisiologi manusia,jangan terkejut.keperluan itu adalah :

SEKS DAN KEPUASAN SENSORI ATAU INDERA (ianya kuat dan dapat mendorong manusia melakukan bermacam-macam perbuatan bagi memenuhinya)


Kata-kata Tuan Guru ada asasnya , tabik kat Tuan Guru atas usaha mudahkan orang muda kat kelantan untuk bernikah.

Jadi, patut ke malu untuk menyatakan diri ini sudah ada keinginan untuk punya teman hidup?Islam adalah cara hidup bukannya amalan ritual agama semata-mata. Allah ciptakan kita manusia punya fitrah kepada seks.

Seks yang halal di sisi Islam adalah melalui perkahwinan, malah ayat yang betulnya adalah melalui perkahwinan baru lah wujud seks kerana di luar perkahwinan bukan seks tapi adalah ZINA!

Ada orang bertanya "Kuat sangat kempen nikah ni, fuad da nikah lom?"
Ye saya belum nikah lagi , kempen ni juga untuk saya. Harap ada efeknya yang akan memudahkan saya menuju perkahwinan. :)

p/s: berkenaan teori Abraham Maslow saya rujuk buku " Teori dan Teknik Moden Mendorong Perubahan Tingkah Laku - Berdakwah Dengan Efektif"
tulisan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (UPSI)

2 ulasan:

ecah berkata...

kahwin...perkataan yg manis dan seronok di dgr.sy pun seronok gak sebut kahwin.ya la kan sapa tak seronok dpt hidup dgn org yg jd pilihan hati.dpt restu ibu bapa, disatukan dengan cara yg halal.

tapi alkisahnya jalan nak ke arah nak berkahwin tu..kadang2, banyak cubaaaaaaaannn..salah satunya drpd ibu bapa sendiri.

begitu banyak kes rumah tangga yang tersiar dan diceritakan menjadi kengerian bagi sesetengah ibu bapa.ia menakutkan dan menjadi igauan ngeri bg mereka utk melepaskan anak yg dijaga,dididik dan dibelai sekian lama.terutamanya anak dara lah.

yalah, mana lah sanggup melihat anak yg ditatang bagai minyak yang penuh diperlakukan ikut sesedap rasa ja oleh suami.hati mana tak terasa dan terguris bila amanah yang bertukar ganti dari bahu ayah dan ibu dikucarkacirkan sesuka hati insan bergelar suami.

inilah yang berlaku.bkn menyalahkan lelaki atau suami atau mana-mana pihak tapi apa yang berlaku dalam masyarakat ini sebenarnya memberikan impak dan natijah kepada persepsi ibu bapa yang lain tentang anak-anak mereka.

fikir-fikirkanlah...jika hendak berkahwin janganlah memikirkan yang haram menjadi halal sahaja tetapi tanggungjawab suami isteri itu perlu difahami dan disemai dalam diri.

kita melalui proses pembelajaran setiap hari semasa berkahwin.utk menyesuaikan diri dan melaksanakan amanah Allah.jgn biarkan amanah Allah ini tergadai dek kerakusan dan kegagalan diri kita melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama.dalam melengkapkan diri, kita hendaklah mengamalkan apa yang telah kita pelajari.

fuad..kadang2 apa yang berlaku itu perlulah difikirkan dan diterima dengan sabar kan.tak salah jika dah rasa nak berkahwin, tp mesti lengkapkan diri dengan agama Allah.Terutama untuk keluarga keluarga yang menjadi pemimpin dan ikutan isteri dan anak2.

dan lagi satu..ibu bapa pun perlu berbincang dari hati ke hati terutama dgn anak perempuan sebab mereka ini takkan direct terus beritahu nak sgt berkahwin.Jd ibu bapa mesti ambil berat dan cepat meghidu tindakan anak2 dan tidak mengabaikan perasaan mereka.Ibu bapa perlu menjadi kawan dan sahabat yang baik kepada anak-anak yang remaja dan dewasa supaya boleh menyelami hati dan perasaaan anak2 ini.

Untuk hari ini, yg ini sajalah yang terlintas di benak saya.Mungkin lain kali boleh tambah lagi.:)

mohd fuad md nordin berkata...

syukran atas komen..."jagalah allah,allah akan menjagamu"..insyaALLAH org yg ingin menjaga agama nya adalah seorang yg ada rasa tanggungjawab :)