Jumaat, Mac 07, 2008

Berdoa Menolak Bala Adalah Juga Satu Qadak, Jom Berdoa :)

Antara hakikat doa dan kelebihannya,hadis Nabi s.a.w yg diriwayatkan oleh Ahmad,Ibn Majah dan lain2 yg bermaksud :

"Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa"

Riwayat Ahmad no.280,Sunan Ibn Majah no.90,dianggap sebagai hasan oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani dlm Silsilah al-Ahadith al-Sahihah,no.1540

Dan hadith nabi yg ni,bermaksud:

"Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yg sudah berlaku atau kejadian yg belum berlaku.Oleh itu, wahai hamba Allah,hendaklah kamu berdoa"

Riwayat al-Hakim daripada Abdullah bin Umar,Sahih al-Jami' al-Saghir no.3409

Imam al-Ghazali plak,ada sebut dlm kitabnya Ihya'Ulumuddin: "Bagaimana doa boleh mengubah qadak sedangkan qadak sudah ditetapkan dan tidak boleh ditolak lagi?Ketahuilah sesungguhnya antara qadak Allah itu sendiri ialah menolak bala dengan berdoa"

Kita quote kan lagi sekali "sesungguhnya antara qadak Allah itu sendiri adalah menolak bala dengan berdoa".Berdoa menolak bala adalah satu qadak!Ya!Maka kita mampu melakukan perubahan dengan berdoa,tak gitu?

Maka sempena pilihanraya ni,marilah kita amalkan doa yang diajar oleh nabi s.a.w,iaitu doa apabila takut dizalimi (dek kerana saya belum ketemukan software jawi writer utk linux,maka saya tuliskan disini maksud doa yg nabi ajar) :

"Ya Allah,Allah Maha Perkasa daripada segala makhluk-Nya,Allah Maha Perkasa daripada apa-apa yang aku takutkan dan yang aku bimbangkan.Aku berlindung pada-nya,yang tiada Rabb yang benar selain Dia,yang menahan tujuh langit agar tidak jatuh ke bumi kecuali dengan iain-Nya,daripada kejahatan hamba-Mu Fulan serta bala tenteranya,pengikut dan pendokongnya,daripada jenis jin dan manusia. Ya Allah, jadilah Engkau pelindungku daripada kejahatan mereka. Agunglah puji-Mu,Maha Kuat perlindungan-Mu dan Maha Suci nama-Mu,tiada illah yang berhak disembah melainkan Engkau"(Dibaca sebanyak tiga kali)

Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad no.708 daripada Ibn Abbas.Dianggap sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Adab al-Mufrad no.546

Berdoa lah kita,insyaALLAH makbul kerana menurut Nabi s.a.w ,Allah s.w.t berasa malu jika menolak permintaan hamba-Nya yg memohon kpd-Nya.Seperti maksud hadis ni:

"Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia.Dia malu terhadap hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa,tiba-tiba tidak diberi-Nya permintaan itu"


Riwayat Abu Daud no.1488 dan al-Tirmizi no.3556.Ibn Hajar mengatakan sanadnya adalah jayyid,sahih al-Tirmizi no.179

InsyaAllah pilihanraya kali ini tiada yang dizalimi :)

Tiada ulasan: