Isnin, Mac 31, 2008

Taqwa



p/s: Kongsikan pendapat korang (sesape yg berkunjung),macam mana cara nak tingkatkan taqwa. Cara yang berkesan pada diri korang pernah korang lakukan. Segala respon adalah amat dihargai.Moga bermanfaat kepada ramai :)

Ahad, Mac 30, 2008

Kenyataan Mufti Perlis Kepada TV3

sumber : Minda Mufti






Klik sini untuk paparan lebih jelas.

p/s: Seorang mufti yang patut dicontohi. Apa yang benar kata benar , yang salah kata salah. Jawatan adalah tanggungjawab , dan bukan satu pangkat. Kalau tak laksanakan dengan betul, menjawab la di akhirat nanti.

Sabtu, Mac 29, 2008

Jom Kenali Tokoh Hadith : Imam Al-Bukhari

Credits to Jabatan Hadith Al-ahkam



Oleh ibnu hazam dan alitantawi

- Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibn Ismail bin Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Ju’fi, al-Bukhari. Gelarannya ialah Abu Abdillah.

- Dilahirkan dalam keadaan yatim di Bukhara (Uzbekistan) pada tahun 194 Hijrah. Bapanya merupakan salah seorang ahli hadith yang pernah berguru dengan Imam Malik (179H) dan juga Abdullah Ibn al-Mubarak (181H).


- Mula merantau mencari ilmu pada 210 hijrah ke seluruh pusat-pusat ilmu pada waktu itu seperti Mekah, Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria.

- Beliau terkenal dengan hafazan yang begitu kuat dan mantap. Ketika ditanya tentang rahsia ingatan yang kuat, beliau menyebut bahawa rahsianya ialah keinginan yang kuat serta sentiasa mengulang-ulang maklumat yang dihafaz.

- Beliau mempunyai ramai guru dan murid. Di antara gurunya yang terkenal ialah Ali Ibn al-Madini (234H), Ahmad Ibn Hanbal (241H), Yahya Ibn Ma’in (233H) dan Ishaq Ibn Rahuyah/Rahawaih (238H).

- Di antaranya muridnya yang terkenal ialah Imam Muslim (256H), Imam atTirmizi (279H) dan lain-lain lagi.

- Di antara buku beliau ialah al-Jami’ al-Musnad al-Sahih atau lebih popular dengan nama Sahih al-Bukhari, al-Tarikh al-Kabir (biodata periwayat hadith), al-Adab al-Mufrad (hadith-hadith tentang adab dan akhlak) serta lain-lain lagi.

- Hampir kesemua ahli hadith pada zaman beliau telah menobatkan beliau sebagai seorang ahli hadith yang hebat dan dipercayai. Namanya terkenal di seluruh negara Islam.

- Di antara kehebatannya ialah beliau mewarisi kehebatan guru-gurunya dalam kemampuannya untuk menilai dan menapis hadith bagi membezakan antara yang sahih dan yang tidak.

- Salah seorang gurunya iaitu Muhammad Ibn Bassyar menganggap al-Bukhari sebagai salah seorang daripada 4 pakar hadith terbaik pada waktu itu bersama-sama dengan Muslim, Abu Zur’ah dan juga al-Darimi.

- Imam Muslim pernah berkata kepada al-Bukhari: Aku bersaksi bahawa tidak ada di dunia ini seseorang seperti kamu.

- Beliau bukan sekadar hebat dalam bidang ilmu sahaja, namun beliau juga adalah seorang tentera yang mahir terutama dalam memanah. Bentuk tubuh badan beliau digambarkan sebagai seorang yang kuat dan sasa oleh sesiapa yang mengenalinya.

- Oleh kerana kehebatannya didalam ilmu hadith, terdapat sebahagian daripada masyarakat pada zaman beliau yang merasa dengki lalu melakukan pelbagai tuduhan yang tidak benar terhadap peribadinya.

- Akhirnya, beliau wafat di sebuah kampung di Samarqand pada 256 Hijrah.



Sumber rujukan:

1- Syarh ’Ilal al-Tirmidzi – Ibn Rajab al-Hanbali.

2- Hayat al-Bukhari – Syeikh Jamaluddin al-Qasimi.

3- Manhaj al-Bukhari Fi Tashih al-Ahadith wa Ta’liliha – Dr. Abu Bakr Kafi.

4- Muqaddimah analisis buku al-Ilzamat wa al-Tatabbu’ – Syeikh Muqbil al-Wadi’e.

5- Manhaj al-Muhaddithin – Dr. Sa’d al-Humayyid.

6- Masodir al-Sunnah wa Manahijuha – Dr. Hatim al-Syarif.

7- Manhaj al-Naqd Fi Ulum al-Hadith – Dr. Nuruddin Itr.

Letak tv Hdith al-ahkam Di Blog Anda =)

Untuk apis yang bertanya dan kepada sesiapa yang mahukan tv hadith di blog mereka :)


p/s:Highlight dari 'center' sampai la 'center' di akhir coding. Jangan lupa start simbol '<' dan akhir dengan simbol '>'. 'br' pada awal dan akhir coding jangan dimasukkan. Copy paste kan coding yang di'highlight' ke blog anda. Mudah kan? :)

Selamat mencuba, segala kemusykilan , amatlah dialu2kan pertanyaan :)

Jumaat, Mac 28, 2008

Kongsi Doa : Doa Selamat Dari Fitnah Zina

Kita manusia hanya ciptaan Nya. Dari hari ke hari kita pelajari sesuatu dalam kehidupan yang menolong kita memahami kehidupan. Tapi kekadang kita salah menafsir akan apa sebenarnya yang betul untuk kita , itu gunanya / perlunya satu 'guideline' cara hidup dari sang pencipta untuk makhluk Nya - cara hidup itu adalah Islam.

Berkempen nikah sebelum ini, ya nikah adalah untuk menghalalkan seks dan solusi fitnah zina. Tapi sering kita lupa yang cara sebetulnya kepada kita manusia bukan sekadar tak melakukan zina ( seks di luar nikah).

Golongan yang berpegang kepada kita jangan berzina cuma semata-mata, maka akan menghalalkan "ringan2" kepada diri. Jangan pandang enteng pada kuasa cinta yang dibantu juga oleh nafsu. Jangan terlalu yakin kita mampu menahan diri tak berzina tapi hanya ringan2.

Firman Allah jelas :

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).surah al-isra' ayat 32


Allah yang menciptakan kita maha mengetahui sifat / fitrah dan kelemahan kita. Kita memang perlu ada keyakinan diri, tapi dalam pekara-pekara yang kita sendiri kurang pasti maka jangan yakin :).

Solusi cinta muslim adalah nikah.Jika hadapi kesukaran untuk nikah (macam penulis juga) maka banyakkan lah doa moga diberi kekuatan menghadapi fitnah zina dan dipermudahkan urusan menuju perkahwinan.

Ini ada doa yang warid dari nabi, doa pohon selamat daripada melakukan zina :



Maksud doa : "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan pendengaranku, dan dari kejahatan penglihatanku, dan dari kejahatan lidahku, dan dari kejahatan hatiku dan dari kejahatan air maniku"

Riwayat Abu Daud no. 1551, al-Tirmizi no.3492. Lihat Sahih al-Tirmizi no.166.

Jom jauhi zina :)

p/s:klik pada gambar utk view dengan lebih jelas

Khamis, Mac 27, 2008

Ya, Aku Memang Wahabi!

sumber: Bicara Ad-Din

YA, AKU ADALAH WAHABI !

Oleh : Abu Basir




Sekalipun aku mengelak daripada jenama yang dicipta, yang telah memecahbelahkan kaum muslimin dan tidak menyatupadukan mereka, akan tetapi, secara jelas aku mengumumkan tanpa rasa ta’sub atau kecenderungan berpuak bahawa aku adalah WAHABI. Iaitu mereka yang dimuliakan dengan kecintaan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dan kecintaan kepada seruan dakwah beliau.



Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada tauhid.. dan aqidah yang sahih.. serta menghapuskan syirik dan juga bebas daripada perbuatan dan golongannya.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!



Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada al-Kitab dan al-Sunnah..serta berpegang teguh dengan cara, petunjuk dan pemahaman Salafus Soleh.. dan menghapuskan kefanatikan mazhab.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!



Jika Wahabiah itu maknanya berpegang kepada sunnah yang tsabit lagi sahih.. serta menghapuskan bid’ah dan khurafat.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!



Jika Wahabiah itu maknanya berjihad memerangi taghut yang zalim.. juga jihad memerangi syirik dan orang musyrikin.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!



Jika Wahabiah itu maknanya jalan pertengahan.. tanpa condong kepada sikap melampau dan berserah.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

Ya, aku adalah WAHABI...!







Telah ku teliti keadaan mereka yang mengkritik secara penuh kedengkian terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya, lalu ku dapati mereka itu ;



Samada kafir.. ataupun syiah rafidhah.. ataupun ahli sufi yang melampau.. ataupun ahli bid’ah yang sesat.. ataupun mereka yang jahil.. yang mengulang-ulang apa yang mereka dengari tanpa mereka mengenali siapakah Syeikh dan seruan dakwahnya itu.



Inilah barisan yang buruk.. amat malang dan rugi bagi mereka yang merelakan diri mereka berdiri bersama barisan ini.. ataupun menjadi pesertanya.. ataupun menambahramai bilangannya.



Apakah yang mereka dendamkan terhadap Syeikh.. Alangkah ramainya sekali golongan pendendam pada zaman ini.. Kita telahpun mendengarnya sejak dari dulu lagi akan dendam golongan ini.. kata nista dan cacian serta tohmahan.. terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya - sehingga kalimah Wahabi itu menjadi kata nista dan jelik pada kebanyakan masyarakat! - tanpa ditunjangi kepada hujah (sekalipun yang kecil) yang membenarkan golongan ini mengenai kezaliman, tohmahan dan hinaan serta dendam mereka...?!



Nah, inilah dia peninggalan Syeikh dan karya-karyanya berada di tangan kita..! mudah untuk didapati bagi yang berkehendakkannya.. semuanya berbicara dengan Haq.. menyeru kepada yang Haq.. menyuruh dengan Haq.. Datangkanlah kepada kami satu kekurangan ( yang benar-benar salah ) - jika kalian adalah golongan yang benar - untuk diadili Syeikh.. dan diadili juga seruan dakwahnya.. yang sudah tentu akan membenarkan segala dendam, nista dan tohmahan kalian...?!



Jika kalian tidak menjumpainya.. dan sememangnya kalian tidak akan menemukannya.. kami telah mengetahui, bahawa, apakah sebenarnya yang menjadikan kalian mendendami Syeikh dan seruan dakwahnya.. iaitu kerana berdirinya Syeikh di atas kebenaran amat tidak menyenangkan kalian dan juga syaitan-syaitan kalian.



Jika dikatakan : Lihatlah kepada kezaliman dan kesalahan mereka yang menisbahkan diri mereka terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya pada zaman ini...?



Aku katakan : Tidak terjejas sama sekali Syeikh dan seruan dakwahnya dengan wujudnya golongan ini pada zaman ini - yang mendakwa mereka adalah pengikut Syeikh dan seruan dakwahnya - kerana mereka melakukan kesalahan yang dihasilkan oleh diri mereka sendiri dan bukannya kesalahan orang lain.. Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh disoal dan dihisab dengan sebab kesalahan orang lain.. jika ianya dibolehkan, maka, tiada siapa pun yang akan selamat di muka bumi ini daripada dakwaan orang lain...?

sekian artikel

p/s: Islam adalah dari ALLAH dan macam mana Islam itu adalah dari al-quran dan sunnah nabi, selagi boleh kita capai mcm mana sunnah nabi, kita cuba ikut exactly mcm yang nabi tunjukkan / ajarkan. Kita ada ulama-ulama yang amanah sepanjang zaman yang menjaga ketulenan sunnah nabi dan apa yang diikuti oleh salafussoleh, sama-sama lah kita mengikutinya :)

Jika cuba mengikut seperti mana sunnah nabi dan apa yang diikuti oleh salafusssoleh ini digelar wahabi, maka ya, penulis juga adalah wahabi :)

Selasa, Mac 25, 2008

Kenapa Malu Jika Sudah Rasa Nak Berkahwin ?

Kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat :

"Anak-anak muda kalau tidak dikahwinkan apabila tiba masanya akan menjadi liar. Umpama orang yang lapar nasi menggelepar malah sanggup mencuri, begitu juga dengan tuntutan seks."

''Jika perkara tersebut tidak dipenuhi, anak-anak muda akan menjadi tidak tentu arah, lebih- lebih lagi kalau sudah bercinta dan mempunyai pasangan,"


sumber : utusan

Kata-kata Tuan Guru ini boleh dikuatkan dengan Teori Abraham Maslow.

As-soal : Siapa Prof Abraham Maslow ni?
Al-jawab: Beliau merupakan pakar psikologi klinikal

As-soal : Apa teori beliau?
Al-jawab: Manusia punya 5 jenis fitrah keperluan dan kelima- lima fitrah ini
dihubungkan dengan hubungan prepotensi.

As-soal : Macam mana yang dikatakan prepotensi?
Al-jawab: Keperluan yang kuat perlu dipenuhi terlebih dahulu baru lah
keperluan-keperluan yang lemah datang minta dipenuhi.

As-soal : Kelima-lima adalah fitrah keperluan, bukan sama penting ke?
Al-jawab: Kelima-lima tak sama pentingnya. 5 fitrah keperluan itu ialah:

Keperluan jasmanisah / fisiologi
Keperluan berasa aman dan selamat
Keperluan sosial atau keinginan berhubungan sesama manusia
Keperluan estim atau ingin berasa dihargai
Keperluan bagi menjadi orang sebagaimana yang diimpikan


Yang paling penting adalah keperluan jasmaniah atau fisiologi.Haa, apa dia contoh keperluan fisiologi ni?Nak tau apa keperluan fisiologi manusia?Ini saya senaraikan:

Makanan
Air
Udara
Tidur


Semua yang di atas ni macam dah leh jangka kan?Haa,ada lagi keperluan fisiologi manusia,jangan terkejut.keperluan itu adalah :

SEKS DAN KEPUASAN SENSORI ATAU INDERA (ianya kuat dan dapat mendorong manusia melakukan bermacam-macam perbuatan bagi memenuhinya)


Kata-kata Tuan Guru ada asasnya , tabik kat Tuan Guru atas usaha mudahkan orang muda kat kelantan untuk bernikah.

Jadi, patut ke malu untuk menyatakan diri ini sudah ada keinginan untuk punya teman hidup?Islam adalah cara hidup bukannya amalan ritual agama semata-mata. Allah ciptakan kita manusia punya fitrah kepada seks.

Seks yang halal di sisi Islam adalah melalui perkahwinan, malah ayat yang betulnya adalah melalui perkahwinan baru lah wujud seks kerana di luar perkahwinan bukan seks tapi adalah ZINA!

Ada orang bertanya "Kuat sangat kempen nikah ni, fuad da nikah lom?"
Ye saya belum nikah lagi , kempen ni juga untuk saya. Harap ada efeknya yang akan memudahkan saya menuju perkahwinan. :)

p/s: berkenaan teori Abraham Maslow saya rujuk buku " Teori dan Teknik Moden Mendorong Perubahan Tingkah Laku - Berdakwah Dengan Efektif"
tulisan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (UPSI)

Ahad, Mac 23, 2008

Buat Video Jadi Wallpaper (windows XP)

Salam semua! Hehe..post kali ini luar dari kebiasaan sikit, hehe..kata wasatiyah. Teknik aku baru belajar pagi tadi, dek kerana senang rupanya caranya + takde guna software yang pelik2 pun, maka suka lah diri ini berkongsikan tips macam mana nak jadikan video kesukaan anda sebagai wallpaper.

Guna microsoft frontpage je. Ini dia cara nya:



p/s: save nama file tu kena guna extension *.htm
cthnya: nama file : video, so masa nak save tu,type --> video.htm

Sekian :)

Sabtu, Mac 22, 2008

Chantek Memang Cantik

Hayati lirik lagu ini:



Cuba hayati lirik lagu ini,banyak mesej yang nak disampaikan. Sangat berhikmah, lagu ini memang jelas mesejnya ditujukan kepada wanita dan disampaikan mesej itu dengan baik. Wanita adalah perhiasan maka perhiasan perlu dihargai, tengok saja tajuk lagu ini - "Chantek" ,chantek atau cantik sememangnya adalah satu nilaian bagus /elok kepada sesuatu perhiasan.

Antara mesej lain: Mengajak kepada menutup aurat tanpa orang yang mendengarnya terasa semacam "Argh,asyik2 nak tegur pasal tak tutup aurat!Bosan!" dan mengajak kepada solat fardhu lima waktu.

Lagu ini kalau sesiapa perasan adalah satu yang telah dimodifikasi dan diberi nafas baru. Lagu asal nya berjudul "Cantik" nyanyian Kahitna,Ciptaan Yovie Widianto pada zaman 90 an dulu. Tapi yang menariknya, liriknya jauh berbeza,jika lagu asal hanya semata-mata lagu cinta. Ini disertakan lirik lagu asal:

Cantik
Ingin rasa hati berbisik
Untuk melepas keresahan
Dirimu
O..o..Cantik...
Bukan kuingin mengganggumu
Tapi apa arti merindu
Selalu,...
Ooo...
Walau mentari terbit di utara
Hatiku hanya untukmu...
Refrain :
Ada hati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan kubalas seisi jiwa
Tiada lagi
Tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan
Sungguh aku sayang kamu
O..o..Cantik...
Bukan kuingin mengganggumu
Tapi apa arti merindu
Selalu,...
Ooo...
Walau mentari terbit di utara
Hatiku hanya untukmu...
(refrain)
Ingin ku berjalan menyusuri cinta
Cinta yang abadi untukmu selamanya...
Heeeei.....heya ya ya heya ya ya heya..


Lirik "Cantik" diubahsuai kepada lirik "Chantek" , lirik yang lebih islamik, mungkinkah kesedaran untuk mengislahkan sesama kita juga sudah berputik dalam diri golongan seperti mereka? Harapnya kumpulan nasyid negara kita buat lagu macam ni, kolaborasi dengan mereka dalam sesuatu lagu pun ok ape,kan?Boleh tambah audien.Kalau ruang lingkup nasyid cuma untuk orang yang dah sememangnya biasa dengan cara hidup yang lebih menekankan agama sahaja, macam mana dengan golongan yang latar belakang keluarga tak pentingkan cara hidup islam?

Akhir kata, Islam itu Cantik , tapi kalau cara kita menerangkan / menyampaikannya tak cantik, maka tenggelam lah cantiknya Islam. :)

Khamis, Mac 13, 2008

Tsunami sunnah: Perhatian kepada jabatan-jabatan agama

Sengaja tajuk diatas direka sedemikian. Kerna mengambil populariti kemenangan parti-parti BA dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Daripada keputusan PRU 12, kita dapat lihat kuasa rakyat. Sebelum ini kita sangsi, adakh akan dapat meruntuhkan 2/3 majoriti BN dalam parlimen? dan juga menguasai lebih dari 1 negeri? Hanya pejuang-pejuang reformasi yang yakin, kerna mereka telah berusaha dan mereka lihat kebangkitan "reformasi" dalam ceramah-ceramah mereka.


Bagaimana dengan dakwah sunnah/ salafi/ mutaqaddimin? Sekarang ini kebanyakan dan majoriti jabatan-jabatan agama tidak menyenangi pergerakan dan perkembangan dakwah ini. Namun pendokong-pendokong sunnah tahu bahwa dakwah yang dibawa ini adalah satu perjuangan. Kerna mereka tahu bahwa itu adalah hak muslim (menerima hanya yang sahih: Al Quran dan Sunnah yang sahih). Orang Islam mempunyai hak keatas para pendakwah agar para pendakwah menyampaikan hanya yang sahih dari ajaran agama. Sebagaimana pejuang reformasi memperjuangkan hak rakyat Malaysia, pejuang sunnah memperjuangkan hak orang Islam (membersihkan amalan dari bid'ah).

Dulu (tak ingat samaada semasa Dr. MAZA dah jadi mufti atau belum), tapi didalam temubual dengan pemberita Singapura mengenai perkembangan dakwah sunnah, Dr. MAZA menyatakan dakwah ini akan berkembang keseluruhannya dalam masa 5 tahun. Bukanlah saya nak mengambil kata-katanya sebagai satudalil, tapi hanya sebagai tanda aras atau pengukur kepada perkembangan dakwah sunnah di Malaysia. lagipun beliau yang terlibat langsung dalam dakwah ini, sebagaimana DS Anuar dalam dakwah reformasi, Dr. MAZA mungkin dapat melihat perkembangan dakwah sunnah itu sendiri.

Maka jabatan-jabatan agama perlu berwaspada. Anda semua sudah tak mampu mengawal ilmu daripada sampai kepada orang-orang Islam dikawasan anda. Media-media mainstream banya membantu BN, tapi cuba liha media alternatif yang telus, Malaysiakini.com, walaupun hanya bersendirian, tapi ia menjadi rujukan ramai rakyat.Maka tsunami politik pun berlaku. Sama juga halnya dengan dakwah sunnah. jabatan-jabatan agama tidak selamanya mampu meracuni pemikiran rakyat (orang Islam khususnya) mengenai keburukan dakwah sunnah. Jika berterusan begini, rakyat akan mula berasa bosan dan diperbodohkan. Mereka akhirnya akan mencari sendiri sumber-sumber alternatif lain yang menyampaikan kebenaran dakwah sunnah.

Jika dibandingkan pendakwah-pendakwah jabatan agama dan pendakwah-pendakwah sunnah, maka kelabihan berpihak kepada pendakwah sunnah. Pendakwah sunnah lebih ikhlas dan sanggup merantau jauh untuk menyampaikan ilmu. Manakala pendakwah jabatan agama mengenakan bayaran yang mahal (mungkin minima 1jam= RM100), dan kebiasaanya meminta "claim" duit minyak. Keihklasan dan kesungguhan pendakwah sunnah ini memikat hati ramai orang untuk memanggil mereka. Berbanding pendakwah jabatan agama yang mengenakan caj yang mahal.

Mugkin kata-kata semangat kepada para pendakwah/ pendokong sunnah yang boleh digunakan:

1- Ceramah tetap ceramah (lawan tetap lawan!)

2- Ubah amalan bid'ah kepada amalan sunnah sebelum parah (ubah sebelum parah!)

3- Kalau takut bicara pasal bid'ah jangan sebut pasal perjuangan sunnah (kalau takut dengan risiko jangan bicara soal perjuangan!)

p/s: posted by abong kat al-ahkam

Ahad, Mac 09, 2008

Suatu Petang Tika Nak Balik Mengundi :)

Jumaat baru2 ni,pukul 6 lebih(ptg),bertolak la nak balik mengundi,aritu dari dengkil ke kuantan,cadangnya bermalam di uia kuantan dlu jumaat mlm sabtu tu.Keluar saje dari dengkil,nak menuju ke Kl,kena la buat U-turn kat bawah highway baru yg menghala ke BB Salak Tinggi tu.Pagi jumaat tu baru je servis motor dan adjust rim.(sebelum ni amik selekoh tak bape satble rasanya),bila da adjust rim,rasa sedap sikit bahang lekoh (amik selekoh) kata org terengganu.

Balik pada tadi,pasal nak kena U-turn tu,sbb da rasa rim da ok,masuk la kat selekoh dgn kelajuan lebih skit,skali rasa smooth je semasa ambil selekoh,kemdian sreettttt...pom!Rebah ambe (rebah aku).Sesaat rasa mcm taleh terima gak,hehe..tp tamo layan sgt perasaan tu,terus je bangkit da bergegas ke kedai moto kat tmn dengkil jaya dan betulkan motor skit.kemdian teruskan perjalanan ke kuantan semula...

Semasa dlm perjalanan tu,teringat plak kat mak saya,ye lah..motor ni dia yg bagi Lagenda 110Z,walaupun hanya motor kapchai,tapi dah bnyk berjasa,aku da berjaya sampai terengganu ngan motor tu sensorang,aku dah sampai pasir gudang ngan motor tu,sensorang gak,target lepas ni nak sampai utara lak.

Teringat kat mak tu,rasa menyesal la plak,sbb tadi bawa motor tak ingat kat mak,kalau bawa motor sambil ingat kat mak..walaupun laju tp mesti cermat sbb nak jaga motor tu,tapi kalau bawa motor tu,x ingat kat mak,mmg x takut accident pun masa menilok..hehe..darah org muda.

Tetiba terasa mcm sama lak konsep bawa motor smbil ingat sape yg bg motor tu,maka akan hasilkan pemanduan yg cermat ngan konsep hidup lillahi ta'ala.ye la,Allah bagi nyawa,akal tubuh malah yg paling besar nikmat nya iman dan islam maka kita kena lan gunakan nikmat/pemberian tu sentiasa dengan ingat selalu kat dia.Kan?betul tak?

Sebelum ni asyik berfikir jugak,konsep lillahi ta'ala.Dulu faham konsep lillahi ta'ala ni segala apa yg kita buat untuk Allah.Tapi cuba tgk ibadah yg lillahi ta'ala,ibadah mmg untuk allah,tapi nape kena gak sebut ibadah lillahi ta'ala?Solat org yg lalai,solat gak,compare ngan solat org yg khusyuk,ingat Allah masa solat?Sama tak?

Tapi dah tentu nak dpt terap konsep lillahi ta'ala kena ada sayang dan cinta dulu kepada Allah ye dak?sama mcm bawa moto tadi,da tentu rasa menyesal ngan rebah tu sbb mak tu org yg saya sayang.Betul x?

Ha..dari rebah tu jugak nak kongsi satu info lagi (bagi sesape yg lom tahu la),kan biasa bila tapak tangan atau tapak kaki kita bergesel kuat,mcm contoh saya jatuh moto tadi,so tapak tgn bergesel kuat ngan tar maka menimbulkan gelembung air pada tapak tangan,korang pun biasa jadi kan?Tau x nape leh jadi gelembung air tu?

Haa,disebabkan ciptaan allah yang sgt kompleks lagi detail,tubuh kita ni,apabila jadi pergeseran mcm tu,pergeseran akan menyebabkan haba kan?bahagian dlm tubuh kita tak dpt terima peningkatan haba tu,maka automatik sedikit air dlm badan disalurkan kat tmpat berlaku peningkatan haba tu.betul ni,x tipu dan bukan saya pandai2 cakap.Saya tanya kembar saya,skarang dia final sem kat uia kuantan,amik degree of nursing.

Jumaat, Mac 07, 2008

Berdoa Menolak Bala Adalah Juga Satu Qadak, Jom Berdoa :)

Antara hakikat doa dan kelebihannya,hadis Nabi s.a.w yg diriwayatkan oleh Ahmad,Ibn Majah dan lain2 yg bermaksud :

"Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa"

Riwayat Ahmad no.280,Sunan Ibn Majah no.90,dianggap sebagai hasan oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani dlm Silsilah al-Ahadith al-Sahihah,no.1540

Dan hadith nabi yg ni,bermaksud:

"Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yg sudah berlaku atau kejadian yg belum berlaku.Oleh itu, wahai hamba Allah,hendaklah kamu berdoa"

Riwayat al-Hakim daripada Abdullah bin Umar,Sahih al-Jami' al-Saghir no.3409

Imam al-Ghazali plak,ada sebut dlm kitabnya Ihya'Ulumuddin: "Bagaimana doa boleh mengubah qadak sedangkan qadak sudah ditetapkan dan tidak boleh ditolak lagi?Ketahuilah sesungguhnya antara qadak Allah itu sendiri ialah menolak bala dengan berdoa"

Kita quote kan lagi sekali "sesungguhnya antara qadak Allah itu sendiri adalah menolak bala dengan berdoa".Berdoa menolak bala adalah satu qadak!Ya!Maka kita mampu melakukan perubahan dengan berdoa,tak gitu?

Maka sempena pilihanraya ni,marilah kita amalkan doa yang diajar oleh nabi s.a.w,iaitu doa apabila takut dizalimi (dek kerana saya belum ketemukan software jawi writer utk linux,maka saya tuliskan disini maksud doa yg nabi ajar) :

"Ya Allah,Allah Maha Perkasa daripada segala makhluk-Nya,Allah Maha Perkasa daripada apa-apa yang aku takutkan dan yang aku bimbangkan.Aku berlindung pada-nya,yang tiada Rabb yang benar selain Dia,yang menahan tujuh langit agar tidak jatuh ke bumi kecuali dengan iain-Nya,daripada kejahatan hamba-Mu Fulan serta bala tenteranya,pengikut dan pendokongnya,daripada jenis jin dan manusia. Ya Allah, jadilah Engkau pelindungku daripada kejahatan mereka. Agunglah puji-Mu,Maha Kuat perlindungan-Mu dan Maha Suci nama-Mu,tiada illah yang berhak disembah melainkan Engkau"(Dibaca sebanyak tiga kali)

Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad no.708 daripada Ibn Abbas.Dianggap sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Adab al-Mufrad no.546

Berdoa lah kita,insyaALLAH makbul kerana menurut Nabi s.a.w ,Allah s.w.t berasa malu jika menolak permintaan hamba-Nya yg memohon kpd-Nya.Seperti maksud hadis ni:

"Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia.Dia malu terhadap hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa,tiba-tiba tidak diberi-Nya permintaan itu"


Riwayat Abu Daud no.1488 dan al-Tirmizi no.3556.Ibn Hajar mengatakan sanadnya adalah jayyid,sahih al-Tirmizi no.179

InsyaAllah pilihanraya kali ini tiada yang dizalimi :)

Khamis, Mac 06, 2008

Ada Apa Dengan Undi Pos Kat Satu Kawasan Ni?

Ini penulis dapat dari seorang sahabat penulis dalam YM.Penulis copy paste je apa yang dia tulis.Kawan penulis ni kawan satu sekolah penulis dulu,dan dia tade la plak dikenali sebagai penipu atau pelajar bermasalah kat sekolah,alhamdulillah sepanjang kenal dan sepanjang pengetahuan penulis,tiada kawan2 lain yang mengadu pasal dianiaya/ditipu atau sebagainya oleh kawan penulis ini.Penulis dah minta dia tulis/terang cerita dia step by step:


camni
hari rabu tu aina nk p KB
5 org sume 1x
on da way tu singgah besut
hntr 1org kwn ni
dia asal duk bachok
so hntr rumah abg dia kat besut
jap ek
pg jumaat dia blk ke bachok
rumah mak ayah dia
jumaat mlm kiteorg blk ke trg
so tgh drive sembang2 laa
kwn pun bgtahu
mlm tu
khamis mlm jumaat
abg dia n petugas2 laen
sibuk duk mengira kertas undi pos
utk diedarkan
sbb undi pos kan diedar awl
so bila duk kira2 tu terperasan laa petugas2 PAS
yg ade name2 hamba allah dr senarai pengundi ni tersenarai 2x
tu bermakna hamba2 allah ni akn berpeluang utk mengundi
sbyk 2x
then diorg pun buat bantahan
n akn bw kes ni ke mahkamah
tp tak tau laa sejauh mane mahkamah tu berfungsi
itu sahaja laa saudara penulis


Saje nak kongsikan info ini.jadi ada apa dengan undi pos di kawasan ni?

Hold Dulu post Perihal Berita pasal Kelantan

Assalamualaikum semua,saya insyaALLAH nak dlu dptkan sumber asal berita itu untuk mensahihkannya,selepas puas hati ngan penjelasan sumber asal berita b'kenaan,baru saya postkan balik perihal Kelantan itu.

Sebabnya?Kerana kita dalam Islam disuruh bersifat adil kepada semua,walaupun kepada pihak yang kita tak gemari.Sesungguhnya adil itu lebih hampir kepada taqwa.

Harap maklum

Rabu, Mac 05, 2008

Lagi Kisah Berkenaan Pilihan Raya..heheh :)

Al kisah nak dijadikan cerita,tadi pergilah diri ini ke suatu tempat yg jaraknya lebih kurang 30-35 km dari sini(umah penulis).Ada hal,pulangkan barang kawan,disebabkan masalah teknikal yg timbul,terpaksalah tunggu sahabat ni.

Sementara tunggu,terlintas hati ni nak menggunting rambut,pergi lah cari kedai gunting rambut berdekatan sementara menunggu sahabat penulis selesai hal nya.Terjadi lah sikit dialog dengan empunya kedai gunting.Dia berbangsa india.Seorang uncle,ramah dia..selesa je saya.


Penulis:"Uncle,berapa ek harga kat sini,gunting rambut.RM8 ke RM10?"

Uncle :(sambil berseloroh,terkejut agaknya saya ingat caj gunting RM 10)
"Mana ada RM 10,Rm 8 je.Kalau nanti PAS menang,sini turun harga sehingga RM 5,kalau
BN menang mungkin akan naik harga."

Penulis:"Kalau Pas menang kat kawasan ni je?Turun harga?"

Uncle :"Turun RM 1" (sambil senyum seronok melayan saya menyembang)




Begitulah sikit dialog antara saya dengan uncle empunya kedai gunting tu.So tengok la,pekara positif jika BA menang.Hehe..RM 5 harga masa penulis kecik dulu kut.

Ape pun,undilah calon yang pada nilaian anda percaya pada undang2,takut nak langgar undang2 dan bikin serupa cakap.Undilah calon yang adil pada semua.

Selasa, Mac 04, 2008

Kenapa? (PRU 12 Related)

Kenapa tetiba dibatalkan pulak penggunaan dakwat pada jari yg diusulkan sebelum ni sebagai langkah mengelakkan kemungkinan 1 org memangkah 2 kali undi?Kenapa?

Ada muslihatkah?
Tertekan dengan sambutan rakyat terhadap BA kah?

Al-jawab:
Hanya ALLAH dan org yg berkenaan je yang tahu.

Hmm..kalaulah betul amanah dengan jawatan/tanggungjawab yg diberi sejak pilihan raya yg lalu,tak timbul takut kurang undi,ye dak?Kalau ikut logik la kan.

Atau mungkin sebab selesa dengan jawatan/tanggungjawab/amanah (yg disangka sbg pangkat) yg dipegang sejak pilihan raya yg lalu,maka takutlah kehilangan pangkat itu.Kalau tanggungjawab dianggap sbg tanggungjawab,pasti tade sgt nak mmpertahankan tanggungjawab ni,ni mesti sangka kan tanggungjawab ni sbg pangkat,bila amanah disangka pangkat,mula lah mengambil kesempatan.Wallahu a'lam,hanya ALLAH yg tahu apa yg didalam hati seseorang.

Coretan kali ini 'terpacul' dek akal ini hairan dengan tindakan yg diambil oleh pihak2 tertentu.

Papepun,negara kita amal demokrasi maka rakyat gunakan lah kuasa mengundi untuk memilih pemimpin yang sanggup memikul amanah/tanggungjawab/jawatan sahaja.

Jom islah Malaysia 8hb ni! :)

Isnin, Mac 03, 2008

Kal Ho Na Ho :)

Malam ini,(3 mac 2008) sekitar pukul 10.57 mlm,tetiba seorang sahabat buzz aku kat YM.Sembang punya sembang,terkeluar la "Kal Ho Na Ho".

Kal = esok
Ho = ada
Na = tak

Senang citer,ringkasnya maksud kal ho na ho adalh esok ntah ade ke idak.Kita muslim sentiasa harap/doakan dapat husnul khatimah (pengakhiran hidup yg baik)kan?Kita tak tahu bila khatimah kita (pengakhiran kita),so apa cara nak make sure husnul khatimah?

Caranya,jadikan setiap saat kita saat yg baik,jadikan setiap hari kita adalah hari yg baik,ye dak?

So,apa lagi?kan kal ho na ho,jom islah diri! :)

Nak Jadi Baik :)

Aku nak jadi orang baik,dan aku tau banyak dugaan dia nak jadi orang baik.Selalu aku cakap kat diri sendiri.."nak jadi baik kena tahan diri dari itu,ini bla bla bla "Dan ini yang selalu aku pegang.dan tak tau kenapa bila kepercayaaan ini yang aku pegang aku rasa beban,susah dan yang sewaktu dengannya.

Tetiba,nak dijadikan cerita,satu hari tu...terlintas dalam hati aku "Aku buat ini sebab aku nak tergolong dalam kalangan orang baik"(p/s:dalam hati aku tade la ayat skema mcm tu,itu adalah edited version kata hati aku..hehe).Tak tau kenapa,sejurus terlintas mcm tu,aku terasa satu keseronokan dalam hati,tenang dan menikmati sgt perasaan dari dalam itu.Seolah2 satu peraasaan yang memang aku inginkan dan lama dah aku tak rasa.

Terfikir sejenak,"Kenapa begini?".Adakah bila hendak menjadi individu yang berguna kita sepatut nya tak menakutkan diri dugaan2/cabaran2 yg bakal dihadapi?Adakah sepatutnya kita khabarkan /hiburkan diri dengan indahnya/mulianya/baiknya menjadi seorang yang berguna/adil/baik dan sebagainya.

Mungkin betul sepatutnya begitu,kekadang terasa diri ini berat sebelah,lagi menyayangi orang lain dari diri sendiri.Kalu kepada lain,selalu dikhabarkan dengan pekara yang baik2 agar dpt menaikkan motivasinya untuk berubah menjadi muslim yg lebih baik,tapi kepada diri selalu nya banyak disuruh bersabar je,seolah2 langsung tiada keseronokan yang aku leh dapat dengan mencuba menjadi muslim yg lebih baik.tak adil kan?So,fuad..insyaALLAH kau takkan rugi kerana nak jadi muslim yang baik,sesungguhnya datang bersama kepayahan itu kesenangan.InsyaALLAH.Jom islah diri! :)

*islah = memperbaiki diri

Ahad, Mac 02, 2008

Filem "Run Fat Boy Run"

Filem ini ingin menyampaikan mesej jangan lari dari masalah,tapi pilih /buat la sesuatu keputusan kemudian larilah/jayakannya.Bagus mesej yang ingin disampaikan,sebab rasanya ramai kita memang macam tu termasuk saya sendiri (kekadang),hehe.

Tiada orang yang tiada masalah di dunia ini hatta orang yang paling kaya di dunia pun ada masalah sendiri.Dan semua kerja ada masalah,tapi masalah yang lagi teruk adalah tiada kerja,ye dak?

Rasa tertekan bila menghadapi sesuatu masalah adalah petanda baik lagi normal menunjukkan kita ni manusia yang normal.Kalau ada masalah tapi langsung tiada rasa tertekan bahkan gembira,itu pelik.Kan?

Budak darjah 6,ujian mereka adalah UPSR,budak menengah rendah,ujian mereka adalah PMR dan bukan SPM atau UPSR,setiap ujian yang kita dapat berkadaran dengan kemampuan kita,itulah tanda betapa ALLAH tidak menzalimi hamba2Nya. :)