Jumaat, Februari 01, 2008

Gender Equality?

Israilliyat , iaitu kisah-kisah dalam bible. Tak semua kisah-kisah ini salah atau tak benar. Ada yang betul juga. Seperti contoh kisah wanita dicipta dari tulang rusuk. Nabi Muhammad sendiri ada kata wanita dari tulang rusuk,ada hadis lain kata wanita seperti tulang rusuk. Ini tak bermakna islam mengecam kaum wanita. Cuba tengok ini,manusia/insan diciptakan dari tanah ; ada masalah tak dengan penciptaan manusia dari tanah tu?Hina ke?Tiada apa-apa masalah pun kan?

Lelaki dan wanita memang berbeza.Perbezaan itu perlu.Jadi jangan disalahkan wanita jika mereka cepat emosi,itu lah wanita. Takkan kita nak wanita sama macam lelaki ye dak? Cuba bayangkan kalau suami isteri bergaduh,terus si isteri kata : " Abang kalau anak jantan,turun bawah,nanti saya turun,kita settle cara jantan" :)

2 ulasan:

alFaisal berkata...

Hehe dialog hujung tu memang lucu :D

mohd fuad md nordin berkata...

eh,bro edry..huhu..tu ar..kalau nak tau..tu amik dari dr asri..contoh2 mcm tu org senang nampak skit kan..signifikasinya