Rabu, Februari 13, 2008

Kongsi Apa Yang Aku Dapat Cuti Raya Cina Baru-Baru Ini

Sebelum balik cuti,otak aku selalu memikirkan berkenaan iman.Pada aku,untuk melakukan amalan-amalan baik perlukan kepada iman dan untuk istiqamah perlu kepada iman yang kuat.Dek kerana anggapan itu,aku berfikir,macam mana nak tingkatkan iman?Ye lah,kena tingkatkan iman dulu baru leh beramal and beristiqamah kan?(apa yg aku sangkakan la)

Balik cuti,banyak masa terluang,sem pun baru start ,aku pun belek la majalah i edisi lama dah,edisi yang time tu dr Asri lom jadi mufti perlis lagi.Dalam majalah tu,tajuk artikel Dr. Asri : "Kita Bukan Menghukum,Tapi Menyatakan Kaedah".Menarik tajuk tu (bagi aku la),meh aku kongsi sikit apa yang ada dalam artikel tu.

Dalam itu,Dr.Asri citer,ada seorang wanita datang jumpa beliau,tanya soklan "Ustaz,saya tak pakai tudung,so saya memang masuk neraka ke?"Dr Asri jawab "Hatta malaikat penjaga neraka pun tak tahu siapa bakal masuk neraka,inikan pulak saya,nasib saya sendiri pun saya tak tahu,apatah lagi nasib orang lain".Pastu Dr Asri explain la perihal nasib kat akhirat nanti itu urusan Allah,Allah yang menimbangkan amal baik buruk hamba-hambanya.kalau ikut kaedah memang dinyatakan antara sebab masuk neraka adalah tidak menutup aurat,tapi mungkin orang yang tak menutup aurat ada amalan-amalan lain yang timbangannya melebihi timbangan amal jahat dia maka dia masuk syurga.

Menarik kan?Tiada lah org yang bertanya lari dari islam kan?diberitahunya ttg sifat Pemurah Allah dan sifat Pengampun Allah yang maha luas.Ok,cukup pasal artikel Dr Asri.Berbalik kepada tujuan utama saya menulis kali ini.

Dalam majalah i tersebut juga,slepas artikel dr Asri itu,adalah artikel dari Ustaz Maszlee Malik - Pensyarah Usul Fiqh UIAM.Dia menulis berkenaan fahaman Murjiah.

Haa..tau tak fahaman Murjiah ini?Fahaman murjiah ini ialah fahaman yang menegaskan amal tiada kaitan dengan iman.Maksudnya,jika sesorang itu dah percaya yang Tuhannya adalah Allah dan Nabi Muhammad itu peseuruh Allah maka dah cukup untuk dia masuk syurga,tak kira lah kalau dia buat jahat banyak mana sekalipun.Haaa..bahaya tak fahaman murjiah ni?

Ustaz Maszlee pun cakap la yang kita ahli sunnah wal jamaah pegang prinsip jika banyak buat amal maka iman akan naik.Saya ulang lagi sekali, BANYAK BUAT AMAL MAKA IMAN NAIK.Bukannya tunggu iman datang and kuat baru buat amal,iman itu kita kena earn dia kalau kita nak.OWh..rasanya seronok sangat baru jumpa persoalan yang saya buntu.So,seperti kata-kata iklan yang famous dalam tv "You Can Make A Difference".Sama juga dengan iman,iman bergantung kepada kita,nak iman naik,kita kena usaha banyakkan amal.

Kalau ada manfaatnya post kali ini,alhamdulillah.Moh sama-sama tingkatkan iman :)

Tiada ulasan: