Sabtu, Februari 02, 2008

Belajar Kejuruteraan Tapi Exam Ambil Paper Human Anatomy , Logikkah?

Setuju tak dengan tajuk di atas,ada tak situasi ini berlaku?Logik ke seseorang pelajar itu mengambil ujian/peperiksaan kertas yang langsung tiada kaitan dengan jurusan yang diambil?Tak logik kan?

Sebelum saya teruskan coretan hayati ayat ini surah al-baqarah ayat 286 (terjemahan):

Allah charges no soul except to its capacity. For it is what it has earned, and against it what it has gained. 'Our Lord, do not take us to account if we have forgotten, or made a mistake. Our Lord, do not burden us with a load as You have burdened those before us. Our Lord, do not over burden us with more than we can bear. And pardon us, and forgive us, and have mercy on us. You are our Guide, so give us victory over the nation, the unbelievers.'
﴿٢٨٦﴾

Coretan kali ini saya nak tekankan pasal " Allah charges no soul except to its capacity." atau dalam bahasa melayunya "Tidak Allah taklifkan (bagi ujian) kepada setiap yang bernyawa melainkan apa yang dalam kemampuannya"

Cuba tengok signifikasi yang saya cuba kaitkan,pelajar jurusan kejururuteraan adakah TERPAKSA mengambil peperiksaan kertas Human Anatomy?Kertas / subjek langsung tiada kaitan dengan jurusan yang diambil dan dia tidak mengambil/mempelajari subjek tersebut.

Begitu juga kehidupan ini,logik ini dibuktikan sendiri dengan janji ALLAH yang tidak akan taklifkan ke atas kita apa yang di luar kemampuan kita,dan kita juga tahu ALLAH tidak akan menzalimi hamba-hambaNya dan janji ALLAH tak pernah dimungkiri.

Kekadang kita bila ditimpa sesuatu ujian dalam hidup (biasanya kalau ujian tu getir sikit), kita persoalkan, “kenapala aku terima ujian sebegini” dan blabla pelbagai lagi persoalan. Tapi yang peliknya bila kita gagal ujian peperiksaan,biasanya kita akan kata “kalau lah aku study dari awal aritu” atau “next sem aku akan berubah la,aku nak buat jadual belajar dan study consistent dari awal”,tau pulak kita ye apa yang tak kena sehingga kita gagal ujian tersebut.

Kenapa terjadi sebegini,banyak kemungkinannya kan.Mungkin belajar ni,kita nampak dan tau sikit apa yang penting dan perlu kita tekankan dan sebagainya. Atau mungkin kerana ujian hidup kita tak tahu bila kita diuji.Kalau dalam peperiksaan kita gagal ,kita boleh ulang (repeat/reseat) subjek tu kan?Sama jugak dalam kehidupan,itulah yang terjadi fenomena orang yang buat dosa berulang kali (gagal hadapi ujian berkenaan dosa itu),mungkin kerana dia tak ambil pusing /kesah berkeaan dosa itu,atau mungkin kerana dia belum cuba perbaiki sebab kenapa dia tewas dalam ujian dosa itu.

Kalau dalam pelajaran kita akan sentiasa mengambil ujian sampai abis kesemua ujian yang diperlukan oleh jurusan yang kita ambil barulah kita berjaya mendapatkan pengiktirafan sebagai tanda kejayaan kita.Ujian subjek tahun satu perlu diabiskan untuk melayakkan kita untuk sambung ke tahun dua. Begitu juga hidup ini,ujian hidup untuk tingkatkan keimanan kita.Moga kita semua berjaya dalam setiap ujian. :)



4 ulasan:

zerd berkata...

Menuntut ilmu itu tiada batasnya. Tak menjadi kesalahan kalau kita disuruh belajar ilmu yang bukan bidang kita.

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)

Jadi logik atau tidak bukan persoalannya. Yang penting niat kita. Wallahualam.

mohd fuad md nordin berkata...

adoi...ramai yg salah faham..mmm..mungkin cara saya olah yg kurang efisien kut..

mesej saya kat sini..ujian yg kita terima sememangnya yg layak untuk kita terima..

mmg la leh saja budak engin amik subjek human anatomy atau pape subjek lain,tapi point saya kat sini..kalau dia tak amik subjek tu,perlu ke dia amik test/exam subjek tu?

MalayMind berkata...

Isu ini tidaklah sebegitu penting.

Malah, tidak ada salahnya dalam disiplin ilmu mana pun untuk belajar lebih dari yang sepatutnya.

Kalau melihat kepada ulama Islam zaman silam, mereka adalah ahli falsafah, juga ahli matematik, malah ahli beberapa cabang ilmu yang lain. Justeru, kita tidak perlu beralasan dalam hal melibatkan ilmu.

Cuma kiranya saudara mahu bercerita bahawa saudara tidak berminat selain engineering untuk dipelajari, maka hak itu juga adalah wajar. Tidak semua orang mempunyai kapasiti mempelajari pelbagai ilmu seperti ulama zaman silam.

Lagipun, ini hanyalah satu subjek dari pelbagai subjek bukan teras. Tidaklah ia menjadi suatu penyiksaan yang panjang.

Mungkin juga suatu hari nanti, anda perlu mencipta satu mesin untuk kegunaan membedah manusia?

Siapa tahu.

syahidatul berkata...

erm... untuk pengetahuan penulis... saya yang mengambil jurusan kejuruteraan bioperubatan, sememangnya kena ambil paper Human Anatomy... juga Physiology, Biochemistry dan lain2 subjek medic... keh keh keh...

sekarang dah macam2 jurusan... lain kali, nak buat analogi, hati2... =)

By the way, saya paham apa yang ingin disampaikan penulis. setiap orang yang ditimpa ujian itu hanya akan ditimpa ujian yang mampu dia hadapi. analoginya, seorang student kejuruteraan hanya akan mendapat kertas ujian kejuruteraan. bukannya kertas ujian perubatan. melainkan kes saya lah.. heheheeh...

kalau buat terbalik boleh la... macam ni: seorang student perubatan hanya akan mendapat kertas ujian subjek perubatan. bukannya kertas subjek kejuruteraan...

haaa yg itu boleh.. budak medic tak tahu subjek engineering. tapi engineering macam saya (biomedical engineering) tahu subjek medic.. hehe =)