Isnin, Februari 25, 2008

Indahnya Islam

Sistem islam bukan setakat sempurna,tapi ia saling sempurna menyempurnakan. Cuba tengok contoh ini:

Zina,hukumnya haram tapi ia dilengkapi dengan jalan-jalan yang mudah ke arah pernikahan,

Sistem kutipan zakat,indah sekali dengan disertakan dengan kemudahan/kecekapan pembahagian zakat kepada yang memerlukannya.

Sistem islam saling menguatkan antara satu sama lain,dalam islam bukan sekadar melarang sesuatu urusan tanpa terlebih dahulu menyediakan/memudahkan alternatif2 yang halal.

Islam itu mudah :)

Jumaat, Februari 22, 2008

Writer's Block? \(@.@)?

Writer's block is a phenomenon involving temporary loss of ability to begin or continue writing, usually due to lack of inspiration or creativity.

http://en.wikipedia.org/wiki/Writer's_block

p/s:sebenarnya nak kongsikan mesej yg dapat dlm filem yg aku tgk baru2 ni.Filem "Run Fat Boy Run",pernah tgk citer tu?..tgh dlm proses nak olah biar mesej ada manfaatnya.

Selasa, Februari 19, 2008

Berhati-hati dengan 4 Perkara :)

Apa dia 4 pekara ini? Sebab ape kena beware dengan 4 perkara ini?

al-jawab (soklan 1st) :

1). Tidak suka terhadap qadha' dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya

p/s:teringat satu kuliah dr.asri,sabar ketika mula2 mendapat musibah(keadaan diri yg tersentak
pada ketika mendapat khabar musibah),kalau berjaya sabar masa tu,allah bagi ganjaran besar kat
kita :) ...dapat musibah lom tentu dapat pahala,org non muslim pun dapat musibah,hehe...tapi
kalau dapat musibah ,sabar and redha menerimanya,baru dapat pahala.


2). Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat.

p/s: siapa yang leh leh lari dari wat silap?nabi je yang maksum,org lain sumenye taleh lari
dari wat dosa,tapi sebaik2 org yg buat dosa,adalah bertaubat atas dosa yg dilakukan :)


3). Dengki kepada manusia,suka balas dendam,dan iri hati terhadap kurnia yang diberikan Allah
kepada org lain.

p/s: relaks,hidup ni kalau cuma ada dunia je,mmg la tak adil,tgk jela ada org kena
tindas, mangsa rogol ,bunuh dan sebagainya..cuba fikir,kalau lah kehidupan cuma ada kehidupan
dunia je,memang banyak yang tak adil.Sebab itu adanya akhirat,Semuanya akan diadili
nanti :)Apalah sgt hidup 60 tahun kat dunia nak compare ngan eternal life kat akhirat,i repeat
again E.T.E.R.N.A.L = ETERNAL,tau kan maksud eternal?..abadi,kekala selama2nya.Fuh..tak dapat
dibayangkan,so moh sama2 make sure eternal life kita kat tempat yang penuh ngan nikmat :)


4). Berpaling dari peringatan Allah.

p/s:Fitrah manusia mmg cari kepada Tuhan,org Islam mengaku tuhan yang layak disembah dan patuh
adalah ALLAH,so sendiri mau ingatlah,bila mengaku ketuhanan ALLAH maka kena terima seluruhnya
yang ALLAH tetapkan,tak gitu?

Al-jawab (soklan 2) :

Kita kena beware dengan 4 perkara ini sebab kalau kita buat keempat2 atau salah satu dari 4
ni,hidup kita terasa sempit,hati jadi sedih dan dada terasa sesak.Kalau tak caya cuba la salah
satu..hehehe.

Sumber asal : Buku La Tahzan oleh Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Rabu, Februari 13, 2008

Kongsi Apa Yang Aku Dapat Cuti Raya Cina Baru-Baru Ini

Sebelum balik cuti,otak aku selalu memikirkan berkenaan iman.Pada aku,untuk melakukan amalan-amalan baik perlukan kepada iman dan untuk istiqamah perlu kepada iman yang kuat.Dek kerana anggapan itu,aku berfikir,macam mana nak tingkatkan iman?Ye lah,kena tingkatkan iman dulu baru leh beramal and beristiqamah kan?(apa yg aku sangkakan la)

Balik cuti,banyak masa terluang,sem pun baru start ,aku pun belek la majalah i edisi lama dah,edisi yang time tu dr Asri lom jadi mufti perlis lagi.Dalam majalah tu,tajuk artikel Dr. Asri : "Kita Bukan Menghukum,Tapi Menyatakan Kaedah".Menarik tajuk tu (bagi aku la),meh aku kongsi sikit apa yang ada dalam artikel tu.

Dalam itu,Dr.Asri citer,ada seorang wanita datang jumpa beliau,tanya soklan "Ustaz,saya tak pakai tudung,so saya memang masuk neraka ke?"Dr Asri jawab "Hatta malaikat penjaga neraka pun tak tahu siapa bakal masuk neraka,inikan pulak saya,nasib saya sendiri pun saya tak tahu,apatah lagi nasib orang lain".Pastu Dr Asri explain la perihal nasib kat akhirat nanti itu urusan Allah,Allah yang menimbangkan amal baik buruk hamba-hambanya.kalau ikut kaedah memang dinyatakan antara sebab masuk neraka adalah tidak menutup aurat,tapi mungkin orang yang tak menutup aurat ada amalan-amalan lain yang timbangannya melebihi timbangan amal jahat dia maka dia masuk syurga.

Menarik kan?Tiada lah org yang bertanya lari dari islam kan?diberitahunya ttg sifat Pemurah Allah dan sifat Pengampun Allah yang maha luas.Ok,cukup pasal artikel Dr Asri.Berbalik kepada tujuan utama saya menulis kali ini.

Dalam majalah i tersebut juga,slepas artikel dr Asri itu,adalah artikel dari Ustaz Maszlee Malik - Pensyarah Usul Fiqh UIAM.Dia menulis berkenaan fahaman Murjiah.

Haa..tau tak fahaman Murjiah ini?Fahaman murjiah ini ialah fahaman yang menegaskan amal tiada kaitan dengan iman.Maksudnya,jika sesorang itu dah percaya yang Tuhannya adalah Allah dan Nabi Muhammad itu peseuruh Allah maka dah cukup untuk dia masuk syurga,tak kira lah kalau dia buat jahat banyak mana sekalipun.Haaa..bahaya tak fahaman murjiah ni?

Ustaz Maszlee pun cakap la yang kita ahli sunnah wal jamaah pegang prinsip jika banyak buat amal maka iman akan naik.Saya ulang lagi sekali, BANYAK BUAT AMAL MAKA IMAN NAIK.Bukannya tunggu iman datang and kuat baru buat amal,iman itu kita kena earn dia kalau kita nak.OWh..rasanya seronok sangat baru jumpa persoalan yang saya buntu.So,seperti kata-kata iklan yang famous dalam tv "You Can Make A Difference".Sama juga dengan iman,iman bergantung kepada kita,nak iman naik,kita kena usaha banyakkan amal.

Kalau ada manfaatnya post kali ini,alhamdulillah.Moh sama-sama tingkatkan iman :)

Motivasi Sikit :)

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak buat baik kat manusia lain,dan sejahat-jahat manusia adalah manusia yang banyak buat jahat kat manusia lain. - HM Tuah


Setiap kerja memang ada masalah,tapi masalah paling besar ialah bila tak ade kerja. - HM Tuah


p/s: Setuju tak dengan pandangan Dr.Tuah?
Renung-renung kan :)

Isnin, Februari 11, 2008

Kongsi Tips Elak Masalah Orang Ketiga :)

Sedang bercinta? or dah berpunya? Senang tak nak setia? Adakah si dia atau diri sendiri ada masalah orang ketiga? Dalam hidup kita banyak bertemu dengan orang. Ada yang cantik / baik / alim atau ada ciri-ciri yang kita suka. Tapi mereka (orang yg kita jumpa) tak memberi kesan apa-apa pada diri kita. So macam mana masalah orang ke-3 leh timbul? \{@.@}?

Masalah ini leh timbul jika kita start intim dengan org yg kita jumpa tu. So macam mana nak elak?

Al-jawab : Jika ada masalah dengan pasangan,jangan cerita kat orang laki lain (jika anda wanita) atau kat wanita lain (jika anda lelaki) - HM Tuah

Rehlah Minda : teka -teki :)

1). Binatang apa paling kedekut?
2). Di tengah malam ada apa?
3). Kalau semua pencuri jadi polis,polis jadi apa?
4). Ada satu jenis fast food yang bila kita makan,kita amalkan sunnah tanpa kita sedari, apa dia?


p/s: Selain daripada tazkirah,fitrah manusia juga perlu kepada hiburan,teka-teki salah satu daripadanya.Selamat menjawab :)

Sedikit Berkenaan Mc-D,KFC etc

As-soal:

1). Boleh tak makan Mc-D,KFC etc?
2). Jika muslim nak kerja kat tempat ni,boleh tak?

Al-jawab:

1). Ada logo halal JAKIM tak? :)

2). Kenapa isu ini timbul? Adakah kerana khabar angin bahawa syarikat-syarikat ini menyumbang ke
arah kerja-kerja yahudi membinasakan Palestin? Selagi tiada pengumuman rasmi oleh syarikat
terbabit, maka kita tak perlu mendengar khabar angin itu,nabi pernah berjual beli dengan
yahudi.Tambah lagi peluang kerja kat malaysia juga terhad. Adakah kita ada alternatif lain?


Jadi, selamat menjamu Mc-D :)

Islam Menzalimi Wanita?

Hadis sahih "Berbuat baiklah kepada wanita". Nabi mengucapkannya di zaman yang tak pernah disebut hak-hak wanita.Moh kita renung kejap antara layanan kepada wanita pada zaman itu :

1). Bayi perempuan ditanam hidup-hidup.
2). Bapa yang meninggal dan mempunyai isteri muda maka isteri itu akan dikahwinkan dengan anak
lelakinya,
3). Tak ada harta pusaka untuk wanita.
4). lelaki boleh bernikah dengan berpuluh-puluh wanita.
5). Masyarakat pada zaman itu menganggap wanita adalah keji.
6). Kristian kata wanita = syaitan.


Dan pada masa itu islam datang mengangkat hak-hak wanita. HANYA Islam yang memandang mulia wanita, bukan barat!

Ada Apa Dengan 'Yakin' ?

Islam adalah agama keyakinan (faith),bukan agama ikutan tradisi,emosi atau nafsu. Keyakinan itu dibawa oleh pemikiran yang waras yang dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Bila nas-nas ini datang, kita kata "Kami dengar dan kami patuh." Kita bukan hanya ambil apa yang sedap dengan selera atau nafsu kita je :) .Kita ambil keseluruhannya.

Seperti contoh : Lelaki suka dengan syariat poligami,tapi jangan lupa syariat berbuat baik kepada isteri. Begitu juga wanita suka dengan nas "jika tak mampu adil maka nikahilah 1 sahaja", tapi kena ingat nas poligami tetap ada dan nas itu tak pernah dimansuhkan (dibatalkan). :)

Ahad, Februari 03, 2008

Kita cuma ambil exam paper yg kita amik / daftar saje.Setuju?

Dalam post yg lalu : "Belajar Kejuruteraan Tapi Exam Ambil Paper Human Anatomy , Logikkah? '

Buat pengetahuan dan pencerahan kepada semua,saya langsung tak limitkan seseorang belajar satu bidang sahaja,semua org boleh je amik atau belajar subjek ape pun.

Cumanya dlm artikel yg lalu,mesej saya ialah ujian yg kita terima sememangnya adalah ujian yg layak kita terima.
Katakan lah sem lepas (sem pendek kat mmu) saya amik cuma dua subjek iaitu:

i) Computer Organization Architecture
ii) Advanced Electromagnetic Theory

Maka da tentu saya cuma akan menghadapi exam untuk dua paper ni saje.Setiap kali nak mula exam kan bukankah kita diminta check kertas soalan yg kita terima,adakah betul kertas yg diterima dengan subjek yg kita ambil?Itulah point saya pada post artikel yg lalu.

Walau apa pun,respon yg saya dapat saya tengok pada positive sight,respon korang adlah nialaian pada penulisan saya..hehe terpaksa akui saya lom mahir menyusun ayat agar mesej yang hendak disampaikan sampai.

terima kasih sekali lagi :D

Sabtu, Februari 02, 2008

Belajar Kejuruteraan Tapi Exam Ambil Paper Human Anatomy , Logikkah?

Setuju tak dengan tajuk di atas,ada tak situasi ini berlaku?Logik ke seseorang pelajar itu mengambil ujian/peperiksaan kertas yang langsung tiada kaitan dengan jurusan yang diambil?Tak logik kan?

Sebelum saya teruskan coretan hayati ayat ini surah al-baqarah ayat 286 (terjemahan):

Allah charges no soul except to its capacity. For it is what it has earned, and against it what it has gained. 'Our Lord, do not take us to account if we have forgotten, or made a mistake. Our Lord, do not burden us with a load as You have burdened those before us. Our Lord, do not over burden us with more than we can bear. And pardon us, and forgive us, and have mercy on us. You are our Guide, so give us victory over the nation, the unbelievers.'
﴿٢٨٦﴾

Coretan kali ini saya nak tekankan pasal " Allah charges no soul except to its capacity." atau dalam bahasa melayunya "Tidak Allah taklifkan (bagi ujian) kepada setiap yang bernyawa melainkan apa yang dalam kemampuannya"

Cuba tengok signifikasi yang saya cuba kaitkan,pelajar jurusan kejururuteraan adakah TERPAKSA mengambil peperiksaan kertas Human Anatomy?Kertas / subjek langsung tiada kaitan dengan jurusan yang diambil dan dia tidak mengambil/mempelajari subjek tersebut.

Begitu juga kehidupan ini,logik ini dibuktikan sendiri dengan janji ALLAH yang tidak akan taklifkan ke atas kita apa yang di luar kemampuan kita,dan kita juga tahu ALLAH tidak akan menzalimi hamba-hambaNya dan janji ALLAH tak pernah dimungkiri.

Kekadang kita bila ditimpa sesuatu ujian dalam hidup (biasanya kalau ujian tu getir sikit), kita persoalkan, “kenapala aku terima ujian sebegini” dan blabla pelbagai lagi persoalan. Tapi yang peliknya bila kita gagal ujian peperiksaan,biasanya kita akan kata “kalau lah aku study dari awal aritu” atau “next sem aku akan berubah la,aku nak buat jadual belajar dan study consistent dari awal”,tau pulak kita ye apa yang tak kena sehingga kita gagal ujian tersebut.

Kenapa terjadi sebegini,banyak kemungkinannya kan.Mungkin belajar ni,kita nampak dan tau sikit apa yang penting dan perlu kita tekankan dan sebagainya. Atau mungkin kerana ujian hidup kita tak tahu bila kita diuji.Kalau dalam peperiksaan kita gagal ,kita boleh ulang (repeat/reseat) subjek tu kan?Sama jugak dalam kehidupan,itulah yang terjadi fenomena orang yang buat dosa berulang kali (gagal hadapi ujian berkenaan dosa itu),mungkin kerana dia tak ambil pusing /kesah berkeaan dosa itu,atau mungkin kerana dia belum cuba perbaiki sebab kenapa dia tewas dalam ujian dosa itu.

Kalau dalam pelajaran kita akan sentiasa mengambil ujian sampai abis kesemua ujian yang diperlukan oleh jurusan yang kita ambil barulah kita berjaya mendapatkan pengiktirafan sebagai tanda kejayaan kita.Ujian subjek tahun satu perlu diabiskan untuk melayakkan kita untuk sambung ke tahun dua. Begitu juga hidup ini,ujian hidup untuk tingkatkan keimanan kita.Moga kita semua berjaya dalam setiap ujian. :)



Jumaat, Februari 01, 2008

Kongsi Tips Doa Mustajab :)

Antara golongan-golongan yang mustajab doa mereka:

1. Orang yang berada dalam kesusahan.
2. Anak soleh/ah yang taat pada ibubapa.
3. Doa ibubapa kepada anak-anak.
4. Orang yang bermusafir
5. Orang yang berpuasa sehingga berbuka.
6. Pemimpin yang adil.
7. Muslim/ah kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya.
8. Orang yang dizalimi


p/s: jika mempunyai hajat:

1) Ambil wudhu'dengan sempurna.
2) Dirikan solat 2 raka'at.
3) mintalah apa-apa yang dihajati.


sumber: Kuliah ustaz Zahazan 7 jan 2008

* Kuliah Ustaz Zahazan di ikim.fm setiap 6.30 pagi isnin-khamis

Aku tak malu aku seorang pemalu..hehe

"Malu adalah sebahagian daripada iman,dan iman adalah di syurga" (riwayat tirmizi).


"Malu adalah sebahagian daripada iman ","Malu tak mendatangkan sesuatu hasil pun melainkan kebaikan" (kedua-dua hadis ini riwayat al-bukhari dan muslim)


P/s: Jangan kita malu untuk malu.lelaki perlu malu melihat wanita tak menutup aurat. Wanita perlu malu bila memakai pakaian yang tak menutup aurat.Sebaik-baik malu adalah malu yang sederhana.jika nabi melihat kita,malu tak jika perbuatan kita tak ikut syariat?

Gender Equality?

Israilliyat , iaitu kisah-kisah dalam bible. Tak semua kisah-kisah ini salah atau tak benar. Ada yang betul juga. Seperti contoh kisah wanita dicipta dari tulang rusuk. Nabi Muhammad sendiri ada kata wanita dari tulang rusuk,ada hadis lain kata wanita seperti tulang rusuk. Ini tak bermakna islam mengecam kaum wanita. Cuba tengok ini,manusia/insan diciptakan dari tanah ; ada masalah tak dengan penciptaan manusia dari tanah tu?Hina ke?Tiada apa-apa masalah pun kan?

Lelaki dan wanita memang berbeza.Perbezaan itu perlu.Jadi jangan disalahkan wanita jika mereka cepat emosi,itu lah wanita. Takkan kita nak wanita sama macam lelaki ye dak? Cuba bayangkan kalau suami isteri bergaduh,terus si isteri kata : " Abang kalau anak jantan,turun bawah,nanti saya turun,kita settle cara jantan" :)