Isnin, Januari 28, 2008

Pentingnya Ilmu

Ilmu Teras Kepimpinan

Ilmu Bekal Perjuangan

Ilmu Bawa Kejayaan

Tanpa Ilmu Dikalah Lawan

Terbaca artikel tentang pemberitahuan seminar al-quran bertempat di UPNM (dahulunya ATMA),penulis terimbau (ada ke perkataan “terimbau” ek) akan kenangan-kenangan setahun menjadi siska (siswa kadet) di ATMA pada tahun 2003.

Antaranya lagu ATMA ni,rangkap di atas adalah beberapa baris awal lagu tersebut. Lirik lagu tersebut seakan mempunyai makna tertentu yang menyentuh isu-isu semasa di negara kita.

Antaranya:

1) Ilmu teras kepimpinan

Di sini jelas dan semua setuju kepimpinan memerlukan ilmu kepadanya,dan kepimpinan juga memerlukan kepada amanah (itu lah yang sebaik-baiknya dan yang diharapkan).Berbalik pada isi pertama saya,kepimpinan perlukan ilmu,ye memang betul sekali,jawatan adalah untuk orang yang ahli atau orang mempelajari bidang tersebut.Maka jika mendapat seorang pemimpin yang juga seorang yang punya ilmu agama dan faqeh,itu sememangnya bonus.

2) Ilmu bekal perjuangan

Perjuangan banyak jenis,tapi kali ini penulis memilih berdakwah dan perjuangan mengislah.Kalau cuma tahu tentang sesuatu kebenaran,maka cara yang betul dan berhikmah untuk menyampaikannya adalah perlu.Ini adalah penting untuk menjamin keberkesanan mesej yang hendak disampaikan ye dak?Seperti yang termaktub dalam firman ALLAH :

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah) daripada Allah (kepadamu Muhammad) engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu) dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu. Oleh itu, maafkan mereka (terhadap kesalahan mereka kepada kamu) dan pohonlah keampunan bagi mereka. Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu.(Surah Ali-Imran, ayat 159)

3) Ilmu bawa kejayaan

Isi yang ketiga ini lagi la logik.Siapakah yang dapat berjaya tanpa ilmu dalam apa jua bidang sekali pun.Siapa yang nak dunia kena berilmu,siapa yang nak akhirat kena berilmu dan siapa yang nak dua-dua pun kena berilmu.

4) Tanpa ilmu dikalah lawan

Disini penulis berminat untuk memberikan contoh astora jabat.Dia memang terkenal dengan mengetahui banyak pendapat,itu yang dulu ramai orang yang kalah dek kerana kurang ilmu tentang pendapat-pendapat yang dikemukakan.Alhamdulillah sekarang ramai dah ustaz-ustaz kita yang boleh tarjih pendapat-pendapat tu.

Coretan ringkas ini harapnya ada gunanya,siapa pun boleh terfikirkan akan hal ini,Cuma kekadang kita terlepas pandang atau dikaburi oleh emosi dan sentimen. Bersama teruskan perjuangan, La tahzan,innallaha ma’ana :)

Tiada ulasan: