Selasa, Januari 29, 2008

Aku rebah lagi

Aku selalu rebah,bukan sekali,bukan dua kali dan bukan tiga kali bahkan banyak kali.Syukur rebah kali ini juga aku masih kuatkan diri untuk bangun,moga aku sentiasa diberi kekuatan untuk bangkit dari rebah.

Banyak kali juga aku rebah dan hampir hilang kekuatan untuk bangun,tapi alhamdulillah mungkin disebabkan sayangku pada kedua ibu bapa ku masih kuat,ku cuba juga bangkit.Memang benar iman tak dapat diwarisi dari orang tua,tapi moga perasaan untuk menjaga nama orang tua ku ini memberikan manfaatnya kepada ku dalam konteks untuk sentiasa bangkit dari rebahku.

Mendapat sms tazkirah dari kembarku beberapa hari lepas begitu menyentuh hatiku dalam menghargai kasih sayang ALLAH kepada hamba-hambanya (kembarku hampir setiap pagi menghantar sms tazkirah kepada ahli keluarga,kalau tak ringkasan kuliah ustaz zahazan di ikim.fm setiap 6.30 pagi hari bekerja,mesti berkenaan hadis-hadis sohih dari nabi atau kata-kata motivasi),mesej yang aku maksudkan adalah :

Dosa meninggalkan suruhan lagi besar dari dosa melanggar larangan?,bukti?akibat iblis enggan sujud pada Adam,dan akibat Adam memakan buah larangan.Cuba bandingkan.

Setiap insan pasti tak lari dari melakukan dosa,tetapi sebaik-baik pelaku dosa adalah orang yang menyesali dosanya.Timbul pula persoalan kalau asyik mengulangi dosa yang sama?bagaimana?Disini sekali lagi bukti Maha Penyayang nya ALLAH dan betapa DIA Maha Memahami hamba-hambanya.Bukankah pengulang dosa bebanyak kali yang juga mengulangi penyesalan nya juga adlah bukti si pelaku masih lagi mengakui akan dirinya sebagai hamba yang perlu mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan Tuhannya? Sudah pasti kita tidak boleh membandingkan sifat pemaaf manusia dengan sifat Maha Pemaaf ALLAH yang Maha luas.

Kekadang aku terikut-ikut emosi menyesal yang melampau-lampau sehingga merasakan aku tak layak diampuni dan buat malu je terus solat menghadap Allah,tengok lah betapa halus nya bisikan hasutan syaitan di sini,dah la digoda untuk buat dosa pastu disertakan pula dengan hasutan yang pada zahirnya nampak bagus (perasaan menyesal yang melampau sampai menidakkan sifat Pemaaf Allah yang Maha luas).Cukup pakej la orang cakap.

Tapi takleh juga salahkan syaitan 100%,hehe.Aku akui aku sendiri kena belajar memahami diriku dan penuhi ilmu agama supaya dapat lebih mengislamisasi cara hidupku ye dak?Seperti kata tulisan seorang sahabat berkenaan tujuan hidup adalah untuk mencari kesempurnaan.Kita dilahirkan bukannya terus tahu cara untuk menjadi insan terbaik,tapi kita belajar dari masa ke semasa memperbaiki diri.Jatuh dan bangkitku insyaALLAH ada manfaatnya pada aku jika kena cara aku menerima dan mengharungi jatuh ku.

Ya Tuhan,makin hari makin banyak bukti kasih sayangMu kepada hamba-hambaMu,Kau kuatkanlah imanku dan tunjukilah aku pada jalan yang diredhaiMu. Rinduku untuk bertemu Mu sememangnya dapat aku rasakan,akan aku hargai perasaan rinduku ini.

Isnin, Januari 28, 2008

Pentingnya Ilmu

Ilmu Teras Kepimpinan

Ilmu Bekal Perjuangan

Ilmu Bawa Kejayaan

Tanpa Ilmu Dikalah Lawan

Terbaca artikel tentang pemberitahuan seminar al-quran bertempat di UPNM (dahulunya ATMA),penulis terimbau (ada ke perkataan “terimbau” ek) akan kenangan-kenangan setahun menjadi siska (siswa kadet) di ATMA pada tahun 2003.

Antaranya lagu ATMA ni,rangkap di atas adalah beberapa baris awal lagu tersebut. Lirik lagu tersebut seakan mempunyai makna tertentu yang menyentuh isu-isu semasa di negara kita.

Antaranya:

1) Ilmu teras kepimpinan

Di sini jelas dan semua setuju kepimpinan memerlukan ilmu kepadanya,dan kepimpinan juga memerlukan kepada amanah (itu lah yang sebaik-baiknya dan yang diharapkan).Berbalik pada isi pertama saya,kepimpinan perlukan ilmu,ye memang betul sekali,jawatan adalah untuk orang yang ahli atau orang mempelajari bidang tersebut.Maka jika mendapat seorang pemimpin yang juga seorang yang punya ilmu agama dan faqeh,itu sememangnya bonus.

2) Ilmu bekal perjuangan

Perjuangan banyak jenis,tapi kali ini penulis memilih berdakwah dan perjuangan mengislah.Kalau cuma tahu tentang sesuatu kebenaran,maka cara yang betul dan berhikmah untuk menyampaikannya adalah perlu.Ini adalah penting untuk menjamin keberkesanan mesej yang hendak disampaikan ye dak?Seperti yang termaktub dalam firman ALLAH :

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah) daripada Allah (kepadamu Muhammad) engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu) dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu. Oleh itu, maafkan mereka (terhadap kesalahan mereka kepada kamu) dan pohonlah keampunan bagi mereka. Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu.(Surah Ali-Imran, ayat 159)

3) Ilmu bawa kejayaan

Isi yang ketiga ini lagi la logik.Siapakah yang dapat berjaya tanpa ilmu dalam apa jua bidang sekali pun.Siapa yang nak dunia kena berilmu,siapa yang nak akhirat kena berilmu dan siapa yang nak dua-dua pun kena berilmu.

4) Tanpa ilmu dikalah lawan

Disini penulis berminat untuk memberikan contoh astora jabat.Dia memang terkenal dengan mengetahui banyak pendapat,itu yang dulu ramai orang yang kalah dek kerana kurang ilmu tentang pendapat-pendapat yang dikemukakan.Alhamdulillah sekarang ramai dah ustaz-ustaz kita yang boleh tarjih pendapat-pendapat tu.

Coretan ringkas ini harapnya ada gunanya,siapa pun boleh terfikirkan akan hal ini,Cuma kekadang kita terlepas pandang atau dikaburi oleh emosi dan sentimen. Bersama teruskan perjuangan, La tahzan,innallaha ma’ana :)